March 10, 2011

Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia...even terlambat 2 hari untuk wish disebabkan kesihatan yang tak berapa nak memuaskan... :)

Di samping ucapan tu, aku nak share sini beberapa lagu nasyid yang menyanjung perjuangan wanita-wanita pada zaman Rasulullah s.a.w (haippp sila jawab dulu sallallahu alaihi wasallam)..

dalam banyak2 lagu ni aku sangat suka lagu Sumayyah..terbayang kedaifan dan kelemahan perempuan pada zaman tersebut..tetapi bagi Sumayyah itu semua tak jadi halangan..dia masih berdiri dan masih berpegang pada kekuatan Islam..betapa tingginya iman beliau..bagi yang tidak tahu beliau adalah wanita pertama yang syahid di jalan Allah.. -cita-citaku: I wish to see her in the next world..

Summayah merupakan wanita yang terawal memeluk agama Islam walaupun beliau merupakan hamba adbi dari keturunan kulit hitam..beliau berkahwin dengan Yasir dan dikurniakan anak bernama Ammar bin Yasir..Mereka sekeluarga ditangkap dan diseksa oleh Abu Jahal.. ishhhh jahat betul Abu Jahal tu..

antara seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal terhadap keluarga Summayah ialah:
  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing  
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air
adoiiii....tak dapat nak bayangkan kalau kita berada ditempat Summayah..

ok la..kalau nak baca lebih lanjut berkenaan Summayah, sila layari wiki ini.. 

Jom kita layan lagu2 nasyid yang menyanjung tinggi perjuangan wanita-wanita sempena Hari Wanita Sedunia!! -rasanya takde sape yang layak jadi wanita tertinggi di zaman sekarang ni!










No comments: