February 22, 2011

Percaya ke kat pasangan anda??

manusia kadang-kadang lupa yang dalam dunia ni banyak benda yg possible..kalau rasa benda tu imposibble to happen pun leh jadi possible tau..

ada segelintir pulak tak ada rasa percaya dengan orang lain melainkan orang yang dia sayang je..contohnya bf gf, tunang, suami isteri..masa bersayang-sayang tak nak langsung percaya dengan orang lain..bukan la maksud nya kita kene percaya orang lain 100%. tapi apa yang disampaikan tu, lebih baik kita selidik dahulu. tak de la nanti diri sendiri yang frust menonggeng tertonggeng..

ini la masalah besar segelintir kaum hawa.. jangan la bila ada orang sampaikan apa2 cerita tak elok pasal pasangan kita, kita terus tak percaya ataupun terus percaya..salah tu! sebaik-baiknya kita selidik dulu..

kalau jenis perempuan yang bahalol lagi la tolol,laju je pergi tanya kat pasangan dia..dapat pulak lelaki yang jenis buaya darat yang kulit dia setebal tingginya menara KLCC..memang confirm kene tipu hidup-hidup..pastu esok lusa confirm pasangan dia tu cari idea lain supaya perangai dia tak terkantoi lagi..pastu nanti perempuan tu yang kene marah secara percuma..bagi 1 percuma 1..confirm punya la lelaki tu akan cakap, 'jgn percaya cakap org lain! I ni bf,tunang,suami U atau orang lain??'. hah, kan dah dapat! dan perempuan tu sampai bila-bila pun kene tipu hidup-hidup kalau memanjang je percaya si pasangan yang berhidung belang ala-ala zebra tu..pastu dah tak boleh kawan dengan informer tu..sebab pasangan dia marah! marah bukan sebab apa, sebab rahsia terbongkar je..cettt!! podahh!!!

kalau yang jenis percaya sangat cakap-cakap orang lain pun susah jugak..mana tau ada orang dengki dengan hidup kita..memang sengaja la orang tu mencari idea untuk menyusahkan hidup kita..saja nak tengok hidup kita dan pasangan bergaduh dan akhirnya membawa kepada perpisahan..confirm orang yang buat cerita tu bertepuk tangan! yeahh, aku menang!! kan kan??

tapi kalau ada apa-apa yang diceritakan, kita selidik betul-betul. macam Kak Engku cakap pagi-pagi dalam radio sinar.fm, 'bertindak atas maklumat!'..tu baru betul!! nak pulak kalau lelaki tu memang ada sejarah lama yang tak pernah cukup sorang perempuan dalam hidup dia..eh, dua orang perempuan! Ibu dia dan juga pasangan hidup dia.. kalau dah ada 3,4,5 orang dalam hidup dia, memang kene pantau la..jangan nanti bila dah jadi kudis baru nak rawat..susah nanti!! kos ubat pun tinggi..silap-silap kene pergi buat treatment yang lebih besar kos nya...

well, kalau dah terbukti bersalah ataupun tidak pasangan selepas siasatan dijalankan, terpulang pada individu tersebut untuk membuat keputusan..kalau terbukti tak bersalah, sila pergi ke pasar dengan segera dan beli la bahan-bahan masakan kegemaran pasangan anda dan masak untuk si dia! ataupun bagi yang sudah berkahwin,sila la ke kedai lingerie yang terdekat..pilih la color mana-mana yang menarik dan tertarik..hehe

tapi kalau dah terbukti pasangan melakukan kesilapan, dan tetap nak teruskan perhubungan..tu sukati la! sendiri yang cari penyakit, sendiri yang sakit! jangan sampai nanti tetiba nak bunuh diri pulak sebab tak tahan hidup dengan manusia yang berlidah cabang macam ular! ular apa? ular sawa...sawa ke??


p/s: sila percaya pasangan anda 100%!! <--sukati nak rasa ini nasihat atau perli.. ;p

No comments: