February 23, 2011

ada isi ke belum?


Jodoh, ajal maut, rezeki, semua di tangan tuhan yakni Allah s.w.t. Sebagai umatNya, kita harus berdoa yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, dan sahabat handai serta sekalian mukmin. 

Aku pasti semua orang pasti mendapat soalan-soalan standard bila tamatnya persekolahan di tingkatan 5. soalan-soalan lazim yang biasa kita dengar antaranya ialah dah abis belajar dah? Kalau jawapannya ya, mesti ada next question. Dah kerja? if yes, sila la bersedia untuk soalan lain. Bila nak kawin? kalau dah kawin, mesti tanya lagi, dah ada anak ke belum? atau bagi yang baru berkahwin, dah ada isi ke belum?

aduiii.....bagi pasangan yang baru berkahwin macam kami ni,rasanya dah ramai tanya soalan yang last tu, dah ada isi ke belum..kalau kawan-kawan rapat aku selamba je jawab..takde lagi,isi lain adalah..bahan-bahan kumbahan je yang ada dalam perut ni..dalam jawapan kasar, takde lagi..taik je ada ni..tapi kalau orang-orang yang rasanya tak boleh terima gurauan kasar, aku jawab dengan sopan la..belum ada rezeki lagi..jawapan standard bagi semua pasangan yang belum dikurniakan rezeki Allah untuk mendapat cahayamata..

tapi aku tak tahu kenapa ada sesetengah manusia ni, bila diri tu dah lengkap ada isteri, ada suami, dan ada cahayamata mula la ada rasa bangga dan riak dalam diri mereka-mereka itu..paling tension bila aku bagi jawapan sopan a.k.a jawapan standard belum ada rezeki lagi, diaorg laju je berlagak..dey tambi minachi, tak perlu la berlagak! aku tau la kau dah ada one happy family..ni boleh plak, konon-kononnya kalau baru kahwin pastu cepat je ada rezeki dapat anak, nak cakap diri dia dan pasangan dia tu power..apa??? ingat kalau cepat dapat anak tu power sangat la? kalau lambat dapat anak tu tak power la?? mana punya ajaran la....

ikut apa yang aku belajar masa dalam kelas pendidikan Islam dulu la kan, semua anak anugerah Allah, rezeki yang Allah bagi. lambat atau cepatnya pasangan tu dapat anak, semua kerja Allah. kalau la semua manusia dalam dunia ni lepas kawin sebulan dua je terus ada anak, memang tak de la klinik fertility, klinik sakit puan, atau klinik sakit tuan kat dalam dunia ni. bagi orang yang mentalitinya cetek tu, korang percaya tak hukum alam? adanya siang malam, pasang surut, untung rugi..

paling tak boleh blah, nak samakan dengan orang lain yang belum ada rezeki lagi..apa tak terfikir ke apa perasaan orang tu bila korang bagi ayat-ayat menyakitkan hati..ingat dia tak de perasaan ke nak ada anak? watdehek!! 

aku tak kisah pun orang nak tanya kitaorg laki bini ni dah ada isi ke belum...nampak la korang concern pasal kitaorg yang tak berapa nak famous ni..hahaha..

tapi paling respect bila ada orang mendoakan kami balik..bila kitaorg jawab belum ada rezeki lagi, korang kata Insya Allah ada la tu rezeki nanti..sejuk kitaorg dengar..tak pun korang kata takpe, cuba lagi..usaha tangga kejayaan..tu pun kitaorg suka nak dengar sebab suka bila berusaha..hahahaha

tapi kalau dah bila kitaorg jwb elok-elok tapi korang plak buat ayat yang menyakitkan hati, memang laju la dapat F word dari hati dan akal aku yang tak terkeluar ke mulut..dari aku tau bukan dari en.hasben..kalau en.hasben dengan kawan-kawan dia, selamba je dia sound direct..tak pasal kene maki..tapi tak nak kene maki, bila bercakap tu pun kene la jaga tatasusila..jaga perasaan orang yang tengah kita bercakap tu..orang tu pun ada hati perasaan..

note: teringat masa sibuk-sibuk nak kenduri kawin awal december tahun lepas, ada la seorang kawan ni cakap..kau kawin dulu, pastu dapatkan anak dulu sorang..baru tau korang power ke tak power. tengok macam kitaorang ni, dah terbukti power..pastu gelak-gelak jahat..memang orang mcam ni aku laju je la kan bagi f word..heheeheheheehehe

1 comment:

lunianikiysa said...

sokong la ..betul betul..anak ni anugerah dari allah...kite terima je la cepat or lambat ye tak..tak baik tau wat org terkesot tanya memacam ...