Showing posts with label kehidupan seharian. Show all posts
Showing posts with label kehidupan seharian. Show all posts

January 15, 2013

RHB-OSK merger



salam...

yelah cik jijah oii...aku dah buang shoutbox kat tepi tu..kekeke... 
al-maklum la..life as a professional mommy ni bukan senang..banyak pengorbanannya termasuklah blog ni.. ;p 

well, dah lama tak kongsi apa2 news kan..remember sharing is sexy? hehe

Sekarang ni, OSK no longer a single entity. dah merged ngn RHB. now become RHB-OSK Investment Bank..banyak advantanges nya in future and we are waiting for that..setakat ni yang bestnya, waktu kerja dipendekkan..kalau sebelum2 ni balik keje pukul 6.15, sekarang balik keje pukul 5.45pm and 4.45 on Friday!! wowwwiii menarik kan?! 

Tapi yang tak berapa menarik, even though waktu kerja dipendekkan, saya masih tak berpeluang menikmatinya..sob sob sob..paling awal saya balik kerja pun 6.30. Tu pun ibarat mimpi di siang hari..huhuhuhu 

Jam pun dah menunjukkan 8:38am. semakin menghampiri waktu memulakan kerja..patutnya tadi sampai2 opis kene siapkan keje..tapi duk merewang2 blog orang lain, gossip, dan merepek kat blog sendiri..tahun 2013 ni saya harap saya mempunyai 25jam sehari supaya sejam yang extra tu dapat digunakan untuk mengupdate blog lapuk ni..hahaha 

Cukup-cukup sudah mengarutnya ye..moh kita start kerja!! tak berkat duit nanti.. ;P 


salamsayang, 
MummyZara

note: my new signature.. :)

August 15, 2011

saat 6 bulan

salam...........

phewitttt....sungguh lama tak update blog kesayangan ni...pada yang sedia maklum, sejak bertukar tempat kerja ni, bebanan kerja bertambah 100%...bila balik keje dah penat..bila dah penat, tido...bila dah tido, macam mana nak menaip ye tak??? Jangan kan nak menaip blog, nak upload picture save dalam notebook pun malas..phone pun dah semacam slow ibarat kura-kura berjalan melintasi Gunung Sahara...alololo, kesian teleponku....

alamak, saya baru perasan ada orang meninggalkan pertanyaan berkenaan tambang teksi ke Bandung...maaf la wahai si cantik storage, tuan umah ni terlampau bizi nak mengakses blog kesayangannya...jawapan bagi pertanyaan itu, yes..harga teksi tu untuk sebuah teksi dan seperjalanan.... :)

back to our business,ewah..

last entry ada mentioned yang ada latest update dr saya kan?? mari dekat-dekat sikit...jauh2, nanti x dapat plak apa yang nak disampaikan... :P

bagi yang mempunyai akses untuk mengintai facebook saya, oppps facebook suami dan saya, mesti dah tau perkembangan terbaru kami...kami sekarang sedang meniti masa kelahiran buah hati-pengarang jantung-pengikat cinta kami berdua....Alhamdulillah, kandungan saya telah pun berusia 6 bulan...lusa, kami akan berjumpa dengan buah hati-pengarang jantung-pengikat cinta kami..tak sabar rasanya..... :)

macam2 pengalaman mengandungkan anak kami ni..tapi saat2 manis bila dapat rasa silat gayung-silat cekak-silat pengantin dan segala jenis silat la dari dalam perut ni...kadang2 rasa geli, kadang2 rasa sakit tapi itulah yang membuatkan kami seronok..en.hasben plak setiap hujung minggu, mesti nak letak kepala atas perut..dia borak2 dengan baby dia..bila nanti baby nya menjawab dengan memberikan side kick, geli plak dia...

sebagaimana pasangan lain, kitaorang pun tak lepas dari bershopping untuk baby...en.hasben paling excited bershopping...stoking baby je lebih dari 20pasang..siap dengan kasut baby dah beli..asal comel je masuk bakul....en.hasben pun dah belikan saya breast pump..senang nanti bila dah start keje..sebabnya memang berangan nak bagi baby susu paling berkhasiat di dunia sampai dia 2 tahun...Insya Allah kalau ada rezeki kami dan baby... :)

nama baby pun kitaorang dah pilih...1 untuk lelaki, 1 untuk perempuan..tapi takmo la reveal kat sini.. tak surprise la nanti...tunggu bila saat dan ketikanya sampai...

ok lah, penat plak menaip sambil bersila ni...perut dah makin besar, sume tak selesa...lagipun nak baring cepat, nak main2 dengan baby...

sampai berjumpa lagi....



comelkan dia.....


note: en.hasben tetiba merajuk sabtu lepas..dia ckp saya asyik dengan baby je...tido pun dengan baby...waaaaaaa...belum apa2 dah merajuk...caner bila dah ada baby nanti...klau 2 2 merajuk, alamatnya saya pun nak merajuk jugak la.......................


adios amigos

April 4, 2011

Nangis tak dapat minum milo ais


kenapa kau menangis sebab tak dapat minum milo ais??
cecite..cecite....

pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan aritu...
ada yg bekerja, ada yg bergembira...

dalam peti ais kat umah ada sekotak air milo..jadi aku pun amik la gelas dan isi milo tersebut..tapi rasa macam tak berapa nak sejuk..aku pun laju je ambil ais seketul masukkan dalam gelas milo tadi..(seketul je pun aisnya...ala, ketul yg ada lubang tengah-tengah tu...)

dengan berlagaknya aku bawa segelas milo ais itu dan minum sambil menonton televisyen (tv)..masa tu en.hasben pun tengah menonton tv..dengan lantasnya en.hasben merampas milo tersebut dari tangan aku..aku cuma sempat minum seteguk je..pastu en.hasben habiskan milo itu..waaaaa..dengan rasa hanginnya aku pun topup balik milo dalam gelas..tapi dapat separuh gelas je sebab dah abis yang dalam kotak tu..

tetapi en.hasben datang ke dapur dan spot check aku minum milo ais ke tak..before tu aku dah buang dah ais tu..so, kali ni dah takde ais..tapi bagi en.hasben milo tu tetap sejuk..jadi dia minum lagi milo tu... 

tetiba..........

rasa sedih je tak dapat nak menikmati milo ais..terus mengalir air mata ni tau!! en.hasben cuak..mulanya dia nak habiskan milo tu semua tapi sebab dah nampak air mata aku ni mengalir, dia tak jadi habiskan..cumanya milonya dah tinggal separuh dari yang separuh gelas tadi..dengan lajunya aku habiskan je suku gelas milo tu..tu je yang dapat aku minum..masa minum tu sambil lap-lap air mata dengan hujung lengan tshirt..

kesiankan saya???  

milo kotak yang 1L tu la yang menyebabkan airmataku ini mengalir


katahati: nanti I beli milo tu berkotak-kotak pastu I sejukkan dalam peti ais..sama gak kan sejuknya...tapi minum bila U tak de kat KL..hahahaha :P

March 23, 2011

Canon 1000D in my hand..yeaaahhh


phewwiiiitttttt

sebab kenapa saya sayang en.hasben saya ialah dia belikan saya camera baru..as birthday present...
wowwwiiii

ini kali ke-2 en.hasben bagi birthday present..last year dapat one set handbag dan wallet ELLE..dia sungguh memahami materialistiknya isteri dia ni..ELLE je pun bukan LV..kalau LV baru la saya ni materialistik..kan kan kan.....tahun ni pulak, camera..sebab dia cakap isteri dia ni semua benda nak shoot..even pakai camera handphone pun jadi..haih, bukan apa..gambar2 tu leh jadi bahan post kat blog ni..boring pulak reader kalau pandang tulisan je...

tapi semua hadiah yang dapat tak pernah on the birth date..semuanya awal dari tarikh..dan semuanya tak ada pembalut hadiah..bagi dengan plastik-plastik kedai tu je..nampak sangat en.hasben tak reti bab-bab gitu..

:
:
:
:

so, camera lama sudah boleh campak buang!! hahahahahaha...oo0o0o0o0o0o0o....saya memang tak mengenang jasa betul.. :P

:: gambar tali camera je pun ok ::

jadinya lepas dapat camera baru, haruslah berjalan-jalan try test camera kan...kalau tak berjalan pun, duduk rumah pun cari la bahan untuk di'shoot'...

:: with my youngest sister in black and white mode ::

:: model yang tak berapa nak model ::

:: balik rumah pun ngadap komputer ::

:: my nephew, Iman..suka sangat main air liur ::

:: ada gaya mother-to-be tak?? ohhh, Iman sangat la ngada sebab dia tak suka baring..kalau pegang dia,kene pegang macam tu..kalau baringkan dia even kat tangan pun, dia akan start merengek.. ::

:: huahuahua...mak ngah dia ajar french kiss... ::


:: my lovely lady bird and my lovely potpourri ::

:: ngantuk ye??! gaya kalau kene bangun awal macam ni la ::

:: me in Putrajaya ::

:: he is actually trying to kiss the ballon ::

:: hot air ballon in Putrajaya ::

:: me in his rayban ::

:: our niece, Hana ::

:: facebooking dalam kereta while waiting for en.hasben ::

:: ni la kerja wajib setiap minggu..hantar en.hasben kat Pekeliling. ::

actually ada banyak je lagi gambar in my disk..tapi takkan nak masukkan semua pulakss..macam poyo je walaupun terasa diri ini poyo gak la sikit-sikit... :p

next update? soon.......

adios amigos

March 17, 2011

tak ada mood nak update blog


dah lama rasanya blog ni takde cerita-cerita baru..bukan apa..takde mood pulak nk cerita apa-apa..pelbagai masalah melanda...

kerja oh kerja..bagi yang tak tahu, company yang aku bekerja sekarang ni, nak downsizing people..ada 3 group dalam office sekarang ni..
  • retrench
  • outsource
  • stay
bagi yang stay alhamdulillah..even stay pun tapi tak sama..sebabnya pejabat juga akan berubah..new office will be at Solaris Mont Kiara..tempat yang boleh memakan belanja tinggi..

bagi yang retrench,sedih sangat la..tak pasal je..tak de ribut tak de taufan dan juga tak de tsunami, kene cari keje baru..

bagi yang outsource,ermmm tak tahu nak cakap apa..buat masa sekarang ni masih kabur dalam kabus..sebab masih takde confirmation yang team outsource ni berjaya diserap dalam company yang dioutsourcekan tu..takut dan cuak ada dalam diri masing-masing..

aku tergolong dalam group yang kene outsource..disebabkan hati masih belum aman pasal kerja, aku tak update blog..even outsource pun, kitaorang masih tetap kene melalui interview..aku pun dah g interview Selasa hari tu...tapi standard la, bukan terus dapat jawapan diterima ke tak..

jadinya, aku perlu juga mencari peluang kerja yang lain..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini..murahkan rezeki hambaMu ini..permudahkan la urusan kerjaya nya Ya Allah..

Amin

February 23, 2011

IPower ....

something not good is happen now....

waaaaaaa...................

IPower nak down size people in the company....

waaaaaaaaaa..........sedihnya....

IPowerian will be lesser....

status of mine?? --> will update next week...I'll update once i get the confirmation from management.....

ada isi ke belum?


Jodoh, ajal maut, rezeki, semua di tangan tuhan yakni Allah s.w.t. Sebagai umatNya, kita harus berdoa yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, dan sahabat handai serta sekalian mukmin. 

Aku pasti semua orang pasti mendapat soalan-soalan standard bila tamatnya persekolahan di tingkatan 5. soalan-soalan lazim yang biasa kita dengar antaranya ialah dah abis belajar dah? Kalau jawapannya ya, mesti ada next question. Dah kerja? if yes, sila la bersedia untuk soalan lain. Bila nak kawin? kalau dah kawin, mesti tanya lagi, dah ada anak ke belum? atau bagi yang baru berkahwin, dah ada isi ke belum?

aduiii.....bagi pasangan yang baru berkahwin macam kami ni,rasanya dah ramai tanya soalan yang last tu, dah ada isi ke belum..kalau kawan-kawan rapat aku selamba je jawab..takde lagi,isi lain adalah..bahan-bahan kumbahan je yang ada dalam perut ni..dalam jawapan kasar, takde lagi..taik je ada ni..tapi kalau orang-orang yang rasanya tak boleh terima gurauan kasar, aku jawab dengan sopan la..belum ada rezeki lagi..jawapan standard bagi semua pasangan yang belum dikurniakan rezeki Allah untuk mendapat cahayamata..

tapi aku tak tahu kenapa ada sesetengah manusia ni, bila diri tu dah lengkap ada isteri, ada suami, dan ada cahayamata mula la ada rasa bangga dan riak dalam diri mereka-mereka itu..paling tension bila aku bagi jawapan sopan a.k.a jawapan standard belum ada rezeki lagi, diaorg laju je berlagak..dey tambi minachi, tak perlu la berlagak! aku tau la kau dah ada one happy family..ni boleh plak, konon-kononnya kalau baru kahwin pastu cepat je ada rezeki dapat anak, nak cakap diri dia dan pasangan dia tu power..apa??? ingat kalau cepat dapat anak tu power sangat la? kalau lambat dapat anak tu tak power la?? mana punya ajaran la....

ikut apa yang aku belajar masa dalam kelas pendidikan Islam dulu la kan, semua anak anugerah Allah, rezeki yang Allah bagi. lambat atau cepatnya pasangan tu dapat anak, semua kerja Allah. kalau la semua manusia dalam dunia ni lepas kawin sebulan dua je terus ada anak, memang tak de la klinik fertility, klinik sakit puan, atau klinik sakit tuan kat dalam dunia ni. bagi orang yang mentalitinya cetek tu, korang percaya tak hukum alam? adanya siang malam, pasang surut, untung rugi..

paling tak boleh blah, nak samakan dengan orang lain yang belum ada rezeki lagi..apa tak terfikir ke apa perasaan orang tu bila korang bagi ayat-ayat menyakitkan hati..ingat dia tak de perasaan ke nak ada anak? watdehek!! 

aku tak kisah pun orang nak tanya kitaorg laki bini ni dah ada isi ke belum...nampak la korang concern pasal kitaorg yang tak berapa nak famous ni..hahaha..

tapi paling respect bila ada orang mendoakan kami balik..bila kitaorg jawab belum ada rezeki lagi, korang kata Insya Allah ada la tu rezeki nanti..sejuk kitaorg dengar..tak pun korang kata takpe, cuba lagi..usaha tangga kejayaan..tu pun kitaorg suka nak dengar sebab suka bila berusaha..hahahaha

tapi kalau dah bila kitaorg jwb elok-elok tapi korang plak buat ayat yang menyakitkan hati, memang laju la dapat F word dari hati dan akal aku yang tak terkeluar ke mulut..dari aku tau bukan dari en.hasben..kalau en.hasben dengan kawan-kawan dia, selamba je dia sound direct..tak pasal kene maki..tapi tak nak kene maki, bila bercakap tu pun kene la jaga tatasusila..jaga perasaan orang yang tengah kita bercakap tu..orang tu pun ada hati perasaan..

note: teringat masa sibuk-sibuk nak kenduri kawin awal december tahun lepas, ada la seorang kawan ni cakap..kau kawin dulu, pastu dapatkan anak dulu sorang..baru tau korang power ke tak power. tengok macam kitaorang ni, dah terbukti power..pastu gelak-gelak jahat..memang orang mcam ni aku laju je la kan bagi f word..heheeheheheehehe

February 21, 2011

cheese cake yang bertukar nama kepada "cis, bedebah!"

As Salam...


and very good morning..


salam sejahtera....


arini enggak ada mood untuk update blog... bor------ring

layan je la gambar cheese cake yang tak jadi ni...

ye memang buruk rupanya!

rasa dia pun tak berapa nak best sebab tekstur kek nya tak berapa nak lembut...dah la beria campur oreo bagai..




ok! tu je nak share..

adios

February 18, 2011

aktiviti malam II

tajuk lagu: Hanya Padamu by Qiara

Post ni sambungan dari post yang sebelum ni yang bertajuk Aktiviti Malam. Kali ni en.hasben menghiburkan kita dengan lagu jiwang....cuba tengok gaya lenggok dia nyanyi..jiwang kan?? muka ganas, dalam hati ada taman bunga...segala bunga ada..bunga ros, bunga kekwa, bunga raya, bunga tahi ayam..sume la ada..LoL

yang bawah ni sambungan dr verse yang pertama dalam video sebelumnya...



p/s to en.hasben: I love u so much...dunia akhirat...

note: semua post di dalam blog ini adalah milik peribadi saya..agar dengan adanya blog ini boleh memberi kenangan pada kami sekeluarga..mana tahu, adanya rezeki Allah kami dikurniakan zuriat. Boleh la zuriat kami nanti mengetahui serba sedikit aktiviti yang telah parents dia lakukan sewaktu di zaman muda mudi..Amin..

salam

February 17, 2011

aktiviti malam

pada satu malam yang sunyi, kelihatan empat orang remaja keluar menaiki kereta menuju ke satu kawasan. Sedang unggas-unggas bernyanyi bersama, sedang nyamuk-nyamuk berkeliaran dan burung-burung lena di sarang mereka, manusia tersebut masih juga berkeliaran..

Asyik menikmati char kuew teow Malis yang famous di area Kuala Lumpur,mereka dilihat bergelak ketawa sambil menyapu keringat..walaupun waktu sudah beranjak ke tengah malam, cuaca masih juga panas..

selepas selesai menikmati makan tengah malam mereka, mereka bergegas masuk ke dalam kereta..nampaknya mahu menuju ke destinasi lain..

nampaknya tepat tekaan di dalam hati ini..mereka terus menuju ke Wangsa Maju Seksyen 4. Wangsa Walk shopping mall..apakah yang mereka lakukan di sana??? semua kedai di dalam shopping mall tersebut sudah pun tutup dan menyambung operasi perniagaan mereka pada siang harinya..apakah mereka????

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


wow!! dangdut tu!!!
tajuk lagu: kocok-kocok by Inul

hehehehehe....saja je kan konon nak bg teaser..konon je la...kalau tak berjaya tease pun lantak la...tak kisah pun... ;p

video tu menunjukkan en.hasben saya beria menyanyi lagu Inul..masa 1st time dengar dia nyanyi lagu ni, menganga besar ok mulut ni..tak sangka plak dan tak penah dengar pun lagu ni..1st time dengar lagu kocok-kocok ni masa yang en.hasben nyanyi dulu..sejak dari tu la, setiap kali karaoke mesti dia kene nyanyi lagu ni...terjatuh katil hati plak dengar dia nyanyi dangdut..hahaha

January 17, 2011

superb weekend!!

hi.....

aku rs setiap kali aku buat entry baru adalah bila mana aku dilanda kebosanan mcm tsunami..sgt la bosan..well, i guess klau keje project base, mcm ni la situasinya..bila project tgh on, perggh siang mlm fikir pasal keje..tp bila project tgh idle, g keje pun sebenarnya bermotifkan sayang cuti dan takut tetiba ada issue..tp klau xde issue, memang keje melanguk je la..

so, weekend baru ni rs mcm best bangat..eventho pagi sabtu tu aku bangun seawal 6pagi..basuh baju, pastu siap2 nk g seminar..dh siap2, pkul 8 kitaorg start kuar dr umah cheras..weekend sure ada kat cheras..went to Esso, sebab janji ngn Aliaa kat sana..Aliaa ni opis mate aku..kitaorg konvoi g KDU..hahaha..dekat je kan..tp konvoi gak la..

pas abis seminar di KDU, en.hasben datang amik..sementara dia tunggu aku kuar dr seminar,sempat lagi dia g usha renovation rumah kat tepi KDU tu..haih..time cuti pun nk buat keje..konon tul la...nasib baik x lama tunggu dia..masuk kete, en.hasben tanya "nak g mana ni?". dengan lajunya aku jawab "OU la.." hehehe..

actually xde apa pun nk buat kat OU..tapi saja luangkan masa bersama2..disebabkan waktu dah pukul 1 lebih,perut pun terasa lapar..jalan2, nampak Italiannies..macam menarik gak lunch promo dia..tp kitaorg decide g jalan2 dulu..antara kedai yang kitaorang sempat singgah, Jaspal, Pull and Bear dan Elle (wajib masuk)..sambil jalan, kitaorg duk fikir nak makan kat mana..tetiba teringat kat OU ada Seoul Garden..tapi dah lupa kat mana..nasib baik facilities kat OU sangat bagus..kitaorg pun guna la map yang ada tersedia..

tadaaaa...dah jumpa dalam map, dah jalan2 cari kedai, dan dah ada di depan kedai..masuk usha2 dulu apa yang ada..en.hasben nak tengok dulu..takut kang x berkenan ngan tekak dia..tp malangnya, full house..ada waiting list..while berfikir lagi nak makan mana, kitaorg jamu tekak dan perut ngn cinnabon dulu..lastnya, en.hasben kata makan kat seoul garden la..alrite!!! yes, selama ni en.hasben selalu reject cadangan makan kat seoul garden..tapi kali ini, tidak lagi..hehehe............so, aku g masuk balik kedai, letak nama waiting list dan tunggu panggilan utk makan!!! yeahhhh............best best..

en.hasben kira duit baki..chopp syiling i punya ok!!

choc for him and pecan cinnabon for me.. air kita share2 sudah~

buat muka!


belum letak apa2 bahan lagi..

OMG! Oh Menarik Giler!!

tapi super duper best adalah, aku dapat timberland nya kasut!!!! yeahhhhhhh..mekaceh en.hasben......last 2 weeks g KLCC xde dapat hasil..masa tu nak handbag CK..tapi kali ni, ada hasil..x sia2 buat keputusan sendiri nak g OU tanpa bincang ngn en.hasben..hehehehe

itu flash sangat menganggu..

mekaceh en.hasben...tapi i nak jugak yg color merah2 orange tu..klau ada 2pasang kasut yang sama tapi color lain takpe kan?? hikhikhik


malam tu tido dengan nyenyaknya selepas seharian kat luar..sampaikan en.hasben yg dukung masuk bilik sebabkan aku tertido di ruang tamu..aci la kan dia yang angkat..klau aku angkat dia, x ke pelik bunyi nya... :P



p/s: saja nk letak gambar nasi impit ni..takde kene mengena pun ngan entry weekend..cuma ini lah favorite breakfast aku..delicious!!! gemuk tak jugak kan?? hahahaha

January 6, 2011

tragedi di majlis persandingan

sambungan dari citer ini .. punya la lama baru nk update citer pasal kawin ni..dalam sedar dan tak sedar, dah sebulan aku bergelar isteri orang..bab majuk2, marah, gaduh ni ada gak dalam masa sebulan ni.. to my hasben, xmo xmo xmo..xmo gaduh lg ye!! :p

arini nk share pasal apa yg berlaku masa hari aku bersanding time majlis belah perempuan aritu..pagi2 tu sempat lg aku siapkan hantaran..dgn bunga nya dh nk layu..tu la, g beli bunga awal2..konon nk bw hantaran masa majlis nikah semalamnya..dan2 plak tukar plan..bawa masa hari sanding..dah layu la bunga2 di tasik madu tu kan..amboi!!

so, dlm pukul 10 gitu makandam sampai..eh,skrg xpanggil mak andam dah kan?? ok, kita tukar..

so, dlm pukul 10 gitu, make up artist i sampai..make up artist ok..tp dia mmg make up artist pun..skrg ni klau tgk citer Tiramisu kat TV3 petang2...dia la tu tukang make up nya..nama glamor Fharrel..nnt in the end of story, i letak sket bio dia ni..yg mana2 aku tau la..mana tau kan..sape2 yg interested nk cari make up artist..leh la keje ngn dia..very de!! |updated: ni FB make up artis I.

dh make up sume, time untuk pakai tudung plak..cari2 tudung dlm paper bag yg zamani bagi..cari punya cari x jumpa..dh cuak dh time tu..call zamani..x jawab phone..si fharrel ni cakap, mesti zamani tido lagi..so, cuba lg call dia..lastnya dpt..tanya ngn dia, tudung xde ke? dia ckp tudung xde..kan yg set baju u amik tu xde tudung...lgpn u ckp u nk cr tudung sndr..waaaaaaaa...ada miscommunication di sini..sbb masa fitting baju tu ada tudung yg awning tu..igtkan nnt bg tudung tu..dan i pun ada ckp nk cr tudung lain..tp i xcari..waaaaaaaa..cari la tudung sndr kan dlm laci..malang nya , xde tudung purple..xkan la nk pakai tudung putih or tudung itam plak kan..waaaaa

dah xtau nk buat apa, i ckp kat fharrel..xpe lah gini,i berambut percuma (free hair) je..nak buat camner kan..dh plak fharrel ni yg kelam kabut..sbb dia dh diberitahu,pengantin pakai tudung. jadinya dia xde bawa set nk buat rambut sume..gedebusss!!!! masing2 kelam kabut..

fharrel tanya, ada hair iron x, ada pengering rambut x?? lajunya aku geledah almari plak.. nasib baik adik aku ada bnd2 tu..tp yg cikai2 punya la..jd la kan..berusaha la make up artist ni buat rambut aku..haihhhh..tp hasilnya aku sgt berpuas hati...hehehehe


tadaaaaa...ni la hasil nya..xde gmbr close up?? nak tgk gambar close up?? g la tgk kat sini... haipp...aku pun ada gak gmbr shoot ala2 angkasawan negara nya prewed aritu..hahaha..

hari bersanding ni, pakcik aku ajak geng2 motor dia berarak ngn pengantin..ada 7 buah motor ala2 awie tu..pengantin ngn pengapit naik storm..berdiri kat belakang..melambai2 ala raja dan puteri..eh bukan ala2, tp memang betul raja dan puteri ok!! RAJA SEHARI je!! kelasss!!!

till then..ponat den nk pk apa lg..

oppsss!! ada lg 1 kes! aku lupa amik kek yg aku dh order kat kedai kek untuk majlis potong kek!!! sudahnya xde la buat majlis potong kek!! haih.....tu paling sadis sekali..

December 27, 2010

Pregnancy vs Menstrual


salam and very good evening to readers...

menulis blog ni actually memerlukan masa yg terluang dan mood yg baik supaya dapat menghasilkan penulisan yg not to say bagus tapi happy to read..

2 minggu ni aku mengalami minggu2 yang cemas dan berdebar2..refer to pictures below..

huhu..and i officially married on Dec 3rd..that was within my fertility days. haih..sad to say this but i am now having my menstruation..its late and even i felt the pregnancy symptoms..or maybe that was control by my mind..actually we are hoping we can get baby a.s.a.p..rezeki belum ada..hubby pun felt excited after bought the pregnancy test..but once 'its' come, dia pun down..luckily dia xde la down lama sangat..just muka agak sedih plus ada gak meluahkan perasaan..kita cuba lagi ok hubby!!

thanks to Ikin and Aziera for being my private doctors..haha..semua yg berkenaan ngn pregnancy aku tanya diaorg berdua..al-maklumla, dua dua sudah ada pengalaman... ;P

ermmm..aku nk share gak hasil kerja husben aku 2 minggu berturut2 ni..haih..dulu b4 kawin, dia stop jap main kete..skrg dah kawin dan tak sampai sebulan pun lagi, dia start balik main2 kete..kali ni myvi merahku jadi mangsa (p/s: aku pn leh tumpang 2 kaki aku..time dia xde, aku yg lumba kat MEX highway tu ;p)




tadaaa...hasilnya our "BABY" dpt adjustable baru..tu few photos BABY the making...yeahhhh..aku tak penah la tahu fungsi adjustable ni apa kan..dan aku tak amik tahu pun lagi..setakat yang aku tahu, kalau nak mencilok2 memang leh jadi superb la..aku pun dah try pagi tadi..hasilnya memang best! hahaha...pasni husben nak tukar apa entah lagi..biar la dia..bak kata dia untuk kepuasan bersama..well, actually dia buat untuk kepuasan dia..tapi aku pun amik kesempatan gak.. ;p

tapi ada pesanan ikhlas untuk husben ku..kalau dia baca la blog ni..
--> Kalau U tak tahu mana nak buang duit, apa kata U buang je kat I duit U..kan lebih bagus begitu?? ;p

December 16, 2010

Just Married.....

salam..........

weeeeeeeeeeeeee....saya dh kawin.....opsss to be proper, saya dh bernikah..dengan sape? dengan Mohamad Ashary Bin Ismail.............

bila nikahnya???
>> 3hb Dis 2010..dlm pkul 9.30mlm @ 9.45mlm...


selepas sah menjadi suami dan isteri


sanding bila plak??
>> 4hb Dis 2010.. pas waktu zohor..berarak dr Masjid Sri Rampai (where the same masjid,kitaorg akad nikah) dengan menaiki storm..berdiri kat belakang dan diiringi sekumpulan motor2 berkuasa besar..motor yg Awie naik masa dlm filem Sembilu tu... ;)


outdoor photoshoot pihak pengantin perempuan...mcm kenal kan gambar ni?? ada ala2 mcm angkasawan kita x?? hehehe



belah laki bila plak sanding?? semgu lps tu ke??
>> eh xla..keesokkan harinya.. 5hb Dis 2010...tema bertandang, Michael Jackson Black n White....


indoor session majlis pihak pengantin lelaki..weeeee~~~


** TRAGEDI **
di kala sibuk menjalani kehidupan suami isteri (cewahhh..poyo sket), apa kata saya sharekan serba sedikit tragedi yg melanda masa waktu nikah, waktu sanding dan waktu bertandang..tp klau semua dia sekalikan dlm 1 post, akan panjang plak post ni kan..so, saya akan share one by one reception..kali ni kita start dgn majlis nikah..

majlis nikah tok kadi bg time pukul 8.45mlm..so start make up2 dlm pkul 7 gitu..abis je make up, pakai persalinan nikah..tema kelabu..well, kitaorg konon nk buat lain dr yg lain sket..mulanya nk buat color putih lg suci tp since tema utk belah lelaki hitam putih, kitaorg picked grey color..abis je bersiap, bakal pengantin pun kuar2 la..konon beramah mesra kejap ngn sedara mara..pastu turun bawah utk tengok2 hasil kreativiti pelamin yg telah siap dipasang..dlm pada tu, tetiba teringat plak pasal surat nikah..walla wei, surat nikah belum amik lagi..kene naik atas semula utk amik surat nikah..

nak di jadikan cerita abis 1 umah digeledah..bukan bakal pengantin je yg sibuk mengeledah tp sume org kene cr surat nikah tu..cari punya cari, pun x jumpa..call la hubby to be..bgth dia..kene marah plak...sbb hilangkan..tanya kat dia, dia dh sampai masjid ke belum.dia ckp dh sampai..suruh la dia g tanyakan kat tok kadi tu mcm mana klau surat nikah tu hilang..mintak hubby to be call balik after dia tanya tok kadi tu...

last nite i couldn't get the answer...ringtone dr phone nokia (nokia je..x mampu IP4) berbunyi..hubby to be called. dia kata kene ada gak..uwaaaaaaa...berpeluh2 cari lg 1 umah..tetap x jumpa..turun bawah cr kat kete plak..dlm pada tu,kwn2 dh keep calling since they are alrd there in mosque..dh nak pukul 9 time tu..waaaaaaaaaaaaa....time siti called, citer la kat dia nape lambat..siti suruh call tok kadi tanya mcm mana..aku meneruskan pencarian dlm kete lg..x jumpa jugak..

call tok kadi pulak..xdpt nk reach plak phone dia...call hubby to be..mintak dia pass the phone to tok kadi..hubby to be sempat lg bebel2..xde masa la nk layan bebel dia..paksa dia gak pass the phone..dgr la deruan tapak kaki dia g ke arah masjid (agaknya la)..sekali dgr dia tanya,

hubby to be: Imam, imam kan yang akan nikahkan saya nanti??
tok kadi: nama sape?
hubby to be: Mohamad Ashary Ismail..
tok kadi: ye la..dh sedia ke??
hubby to be: saya nak tanya ni imam..surat nikah klau xde mcm mana??
tok kadi: ni semua ada ngan saya..

cehhhhhhh....aku yang mendengar ni rs nk memuntahkan lava dr gunung berapi..dr awal klau hubby to be tu tanya tok kadi tu kan dh settle..ni dia leh ckp dh tanya masa memula..bila suruh pass the phone to tok kadi tu rupanya br dia tanya....xpe2, terus suruh mak ayah gerak g masjid..kelam kabut..dlm baju jgn cakap la kan...dh berpeluh2..

sampai masjid, semua org dh tunggu...........malu sey datang lambat...tp buat cool...hehehe..akhirnya hubby to be pun dh jd hubby yang sah....Amin...

moral of the story: sila ingat samada surat kebenaran utk bernikah tu disimpan sendiri ataupun tok kadi yang simpankan.... hehehe


tragedi utk majlis sanding plak to be continue in the next post.........