Showing posts with label renung tenung-tenung. Show all posts
Showing posts with label renung tenung-tenung. Show all posts

March 22, 2011

tunang tanpa sedar


hah!!!! siapa antara korang yang pernah bersetuju nak jadi isteri boyfriend korang??? ataupun boyfriend korang ada cakap macam ni, dan korang yang perempuan plak jawap macam tu (yang di highlight kan color purple)

1. senario dibawah pokok,berhadapan tasik di Taman Tasik Titiwangsa..
"Yang,yang....I nak kawin dengan u la. U nak tak kawin dengan I?"
errmmmm..sambil tersipu2 malu, tangan terkuis antara yang kanan dan kiri....
"Nak...."
kedengaran sayup-sayup je suara yang menjawab...kucing mengiau pun lagi kuat...

2. senario dibawah bulan purnama bersaksikan bulan dan bintang di Port Klang..
"Baby, apa kata kita kawin hujung minggu ni?? nak tak??"
"Ye ke darling....eiii tak sabarnya I darling..jom la kita balik cepat..I nak buat persiapan ni..esok dah Rabu, lusa Khamis, tulat Jumaat..nanti tak sempat pulak...Jom darling jom..."
sambil menarik-narik tangan si darling pujaan hati...

3. senario di atas tangga di shopping complex 'De Stor'..
"Honey, hubby janji hubby akan kawin dengan honey walau macam mana pun halangan yang datang.. Honey percaya tak dengan hubby?? honey percaya tak dengan janji-janji hubby? Honey nak tak kita hidup bersama sebagai husband n wife yang sebenar?? sekarang ni kan tipu-tipu lagi.."
"muuuaaahhhhhh..sayaaaannnngg hubby..mesti la nak hubby..hubby sorang je hubby honey tau..tengok ni, honey tak pernah lepas peluk hubby..."

hah, kalau begitu la jawapan anda kepada pasangan anda yang bertanya soalan-soalan seperti di atas, secara hukum Islam nya, anda sudah menjadi 'TUNANGAN' kepada pasangan anda tersebut...

tapi

anda SAH bertunang jika anda tergolong dalam golongan (sah bagi syarak):
  • perempuan yang waras
  • perempuan yang baligh
  • perempuan yang cerdik
  • perempuan boleh membawa diri

TIDAK SAH pertunangan itu sekiranya:
  • perempuan yang belum baligh
  • perempuan yang bodoh, bengong, gila, sewel dan seantaranya
bagi golongan ini, perlu mendapat keizinan wali pihak perempuan.


Maksud pinang dalam Islam:
Pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. bila pihak perempuan bersetuju, maka jadilah dia tunangan kepada lelaki tersebut walaupun conversation itu berlaku dalam telefon atau pun secara depan-depan.

Jatuhnya hukum HARAM jika ada orang lain yang masuk meminang perempuan tersebut andai dia tau perempuan itu tunangan orang.

kalau tak percaya, sila tengok clip video ini.



cuak tak korang??? ntah2, dah berapa kali korang bertunang kan??? :P

kalau lelaki yang jenis ada 2 3 orang girlfriend dalam 1 masa tu macam mana pulak tu kalau dia cakap macam tu kat semua girlfriends dia?? jawapnya ada 2 3 orang tunang la dalam 1 masa..berani pulak nak kawin dengan semua tunang dalam 1 masa kan!! jadi, kalau ada kaum lelaki yang baca post ini, jangan pulak korang gatal cakap nak kawin dengan semua stok girlfriends yang korang ada..nak pulak yang girlfriends korang tu jenis tangkap cintan dengan lu je! confirm punya la, korang bukan nak kawin dengan semua perempuan-perempuan itu..

ada jugak kan perempuan yang ada 2 3 boyfriends..kalau dah kat semua boyfriends, kau berjanji sumpah setia dan nak jadi isteri diaorg, jawab sendiri la kat sana..

renung-renungkan!

sharing is seksi caring!

adios amigos

kembar Lisa Surihani


Morning..sejuk tau arini..hujan dari pagi tadi..aku pun boring takde keje, jadi amik kesempatan update blog.. ;P

seperti hari-hari minggu yang lepas, aku tonton movie Indonesia dari dvd yang kitaorg beli masa di Bandung. 1 dvd berharga Rp5,000 kalau sini dalam RM1.70 gitu...tak sampai pun RM2...kalau Malaysia 1 dvd je dah RM8..berganda-ganda....itu pun kalau beli 3 keping dapat la murah RM4 sebab promosi kat sini beli 3 RM20. tapi kalau kat Indonesia tu, aku boleh dapat 12keping dvd. sebab tu la kalau kitaorang g Indonesia, benda yang harus cari kat sana adalah dvd! huahuahuahua.. opppsss aku belum buat entry Bandung part 3..tunggguuuu

berbalik pada movie yang aku tengok tu...aku rasa heroin citer tu macam kembar Lisa Surihani la...comel pun sama macam lisa...mari kita layan...

yang depan tu aku cakap macam Lisa Surihani..yang belakang tu aku nampak ada iras Rozita Che Wan..
 :: ni Cik Lisa kesayangan ::
:: Irish Bella, heroin Heart 2 Heart ::
:: Lisa lagi ::
:: Indah (nama watak dalam filem Heart to Heart) ::




ke perasaan aku je?? hahahahaha....by the way, lupa plak nak bagi tahu..movie yang aku tengok tu tajuknya Heart 2 Heart..sambungan dari citer Heart.. 

ok la, tu je untuk kali ini...

adios amigos

March 10, 2011

Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia...even terlambat 2 hari untuk wish disebabkan kesihatan yang tak berapa nak memuaskan... :)

Di samping ucapan tu, aku nak share sini beberapa lagu nasyid yang menyanjung perjuangan wanita-wanita pada zaman Rasulullah s.a.w (haippp sila jawab dulu sallallahu alaihi wasallam)..

dalam banyak2 lagu ni aku sangat suka lagu Sumayyah..terbayang kedaifan dan kelemahan perempuan pada zaman tersebut..tetapi bagi Sumayyah itu semua tak jadi halangan..dia masih berdiri dan masih berpegang pada kekuatan Islam..betapa tingginya iman beliau..bagi yang tidak tahu beliau adalah wanita pertama yang syahid di jalan Allah.. -cita-citaku: I wish to see her in the next world..

Summayah merupakan wanita yang terawal memeluk agama Islam walaupun beliau merupakan hamba adbi dari keturunan kulit hitam..beliau berkahwin dengan Yasir dan dikurniakan anak bernama Ammar bin Yasir..Mereka sekeluarga ditangkap dan diseksa oleh Abu Jahal.. ishhhh jahat betul Abu Jahal tu..

antara seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal terhadap keluarga Summayah ialah:
  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing  
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air
adoiiii....tak dapat nak bayangkan kalau kita berada ditempat Summayah..

ok la..kalau nak baca lebih lanjut berkenaan Summayah, sila layari wiki ini.. 

Jom kita layan lagu2 nasyid yang menyanjung tinggi perjuangan wanita-wanita sempena Hari Wanita Sedunia!! -rasanya takde sape yang layak jadi wanita tertinggi di zaman sekarang ni!










February 22, 2011

Percaya ke kat pasangan anda??

manusia kadang-kadang lupa yang dalam dunia ni banyak benda yg possible..kalau rasa benda tu imposibble to happen pun leh jadi possible tau..

ada segelintir pulak tak ada rasa percaya dengan orang lain melainkan orang yang dia sayang je..contohnya bf gf, tunang, suami isteri..masa bersayang-sayang tak nak langsung percaya dengan orang lain..bukan la maksud nya kita kene percaya orang lain 100%. tapi apa yang disampaikan tu, lebih baik kita selidik dahulu. tak de la nanti diri sendiri yang frust menonggeng tertonggeng..

ini la masalah besar segelintir kaum hawa.. jangan la bila ada orang sampaikan apa2 cerita tak elok pasal pasangan kita, kita terus tak percaya ataupun terus percaya..salah tu! sebaik-baiknya kita selidik dulu..

kalau jenis perempuan yang bahalol lagi la tolol,laju je pergi tanya kat pasangan dia..dapat pulak lelaki yang jenis buaya darat yang kulit dia setebal tingginya menara KLCC..memang confirm kene tipu hidup-hidup..pastu esok lusa confirm pasangan dia tu cari idea lain supaya perangai dia tak terkantoi lagi..pastu nanti perempuan tu yang kene marah secara percuma..bagi 1 percuma 1..confirm punya la lelaki tu akan cakap, 'jgn percaya cakap org lain! I ni bf,tunang,suami U atau orang lain??'. hah, kan dah dapat! dan perempuan tu sampai bila-bila pun kene tipu hidup-hidup kalau memanjang je percaya si pasangan yang berhidung belang ala-ala zebra tu..pastu dah tak boleh kawan dengan informer tu..sebab pasangan dia marah! marah bukan sebab apa, sebab rahsia terbongkar je..cettt!! podahh!!!

kalau yang jenis percaya sangat cakap-cakap orang lain pun susah jugak..mana tau ada orang dengki dengan hidup kita..memang sengaja la orang tu mencari idea untuk menyusahkan hidup kita..saja nak tengok hidup kita dan pasangan bergaduh dan akhirnya membawa kepada perpisahan..confirm orang yang buat cerita tu bertepuk tangan! yeahh, aku menang!! kan kan??

tapi kalau ada apa-apa yang diceritakan, kita selidik betul-betul. macam Kak Engku cakap pagi-pagi dalam radio sinar.fm, 'bertindak atas maklumat!'..tu baru betul!! nak pulak kalau lelaki tu memang ada sejarah lama yang tak pernah cukup sorang perempuan dalam hidup dia..eh, dua orang perempuan! Ibu dia dan juga pasangan hidup dia.. kalau dah ada 3,4,5 orang dalam hidup dia, memang kene pantau la..jangan nanti bila dah jadi kudis baru nak rawat..susah nanti!! kos ubat pun tinggi..silap-silap kene pergi buat treatment yang lebih besar kos nya...

well, kalau dah terbukti bersalah ataupun tidak pasangan selepas siasatan dijalankan, terpulang pada individu tersebut untuk membuat keputusan..kalau terbukti tak bersalah, sila pergi ke pasar dengan segera dan beli la bahan-bahan masakan kegemaran pasangan anda dan masak untuk si dia! ataupun bagi yang sudah berkahwin,sila la ke kedai lingerie yang terdekat..pilih la color mana-mana yang menarik dan tertarik..hehe

tapi kalau dah terbukti pasangan melakukan kesilapan, dan tetap nak teruskan perhubungan..tu sukati la! sendiri yang cari penyakit, sendiri yang sakit! jangan sampai nanti tetiba nak bunuh diri pulak sebab tak tahan hidup dengan manusia yang berlidah cabang macam ular! ular apa? ular sawa...sawa ke??


p/s: sila percaya pasangan anda 100%!! <--sukati nak rasa ini nasihat atau perli.. ;p

February 11, 2011

wajarkah dalam sesuatu hubungan itu ada sikap saling mengungkit?

wow!!
tajuk yang amat berat untuk diceritakan..tapi ini bukan lah hanya sekadar cerita malah renungan buat kita bersama..

Dalam hubungan mana yang tidak ada perselisihan faham? Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri, tunang tunangan, pakwe makwe dsb..Tapi adanya sifat ungkit mengungkit ni yang buat hubungan tu jadi hambar..sebab?? bila sorang dah start mengungkit, sorang lagi confirm panas hati..bila dah panas hati, dia pun mengungkit jugak..dah dua dua panas hati..kalau dua dua dah panas hati, siapa plak nak sejukkan? Dah! dua dua gi dapur, amik ais isi dalam jug. Isi air sekali dalam jug tersebut. Simbah la dua dua org..U simbah I, I simbah U! ok.. Aman! 

Ungkit-mengungkit ni la salah satu sebab kemusnahan tembok China tak pun Taj Mahal korang..tak yah la pasal seposen pun nak ungkit2..macam beribu-ribu la plak kan..tak pun tak yah la ungkit cerita-cerita yang sudah..semua tu anggap je jadi memori dalam kamus dewan hidup. citer pasal ex bf dia la, ex gf dia la..hello dh ex pun! sibuk lagi mau cakap pasal benda yang dah sudah! Bo---------rrrringg!!

dah la, malas nak bebel panjang-panjang! sebab aku pun dah penat membebel..kang sakit jantung dibuatnya..korang baca la sendiri punca-punca hubungan boleh jadi retak menanti belah..renung-renungkan dan selamat beramal (amik tagline Prof Izzi, one of lecturers kat UiTM Dungun)..nak jugak aku  bagi tahu yang ni kan..sharing is seksi caring maaa...


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal ***** semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

sumber from : http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-72652.html


Tambahan:
Dalam mencari bahan untuk post ini, jumpa la dengan En.Google..Pastu aku pun taip la search word dia "saling mengungkit dalam perhubungan". Link yang paling famous sekali link Berita Harian..ingat kan artikel macam kisah tauladan ke apa..sekali politik..cet.. Bo-------rring