February 11, 2011

wajarkah dalam sesuatu hubungan itu ada sikap saling mengungkit?

wow!!
tajuk yang amat berat untuk diceritakan..tapi ini bukan lah hanya sekadar cerita malah renungan buat kita bersama..

Dalam hubungan mana yang tidak ada perselisihan faham? Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri, tunang tunangan, pakwe makwe dsb..Tapi adanya sifat ungkit mengungkit ni yang buat hubungan tu jadi hambar..sebab?? bila sorang dah start mengungkit, sorang lagi confirm panas hati..bila dah panas hati, dia pun mengungkit jugak..dah dua dua panas hati..kalau dua dua dah panas hati, siapa plak nak sejukkan? Dah! dua dua gi dapur, amik ais isi dalam jug. Isi air sekali dalam jug tersebut. Simbah la dua dua org..U simbah I, I simbah U! ok.. Aman! 

Ungkit-mengungkit ni la salah satu sebab kemusnahan tembok China tak pun Taj Mahal korang..tak yah la pasal seposen pun nak ungkit2..macam beribu-ribu la plak kan..tak pun tak yah la ungkit cerita-cerita yang sudah..semua tu anggap je jadi memori dalam kamus dewan hidup. citer pasal ex bf dia la, ex gf dia la..hello dh ex pun! sibuk lagi mau cakap pasal benda yang dah sudah! Bo---------rrrringg!!

dah la, malas nak bebel panjang-panjang! sebab aku pun dah penat membebel..kang sakit jantung dibuatnya..korang baca la sendiri punca-punca hubungan boleh jadi retak menanti belah..renung-renungkan dan selamat beramal (amik tagline Prof Izzi, one of lecturers kat UiTM Dungun)..nak jugak aku  bagi tahu yang ni kan..sharing is seksi caring maaa...


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal ***** semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

sumber from : http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-72652.html


Tambahan:
Dalam mencari bahan untuk post ini, jumpa la dengan En.Google..Pastu aku pun taip la search word dia "saling mengungkit dalam perhubungan". Link yang paling famous sekali link Berita Harian..ingat kan artikel macam kisah tauladan ke apa..sekali politik..cet.. Bo-------rring

No comments: