April 21, 2011

Pelangi


Biasanya bila hujan dah reda mesti ada pelangi..

Kenapa orang dulu-dulu tak bagi kita tuding jari kat pelangi?

kata diaorang nanti tangan kudung..

betul ke atau pun hanya mitos semata?


nampak x pelangi tu?? tu namanya pelangi petang.. beria aku snap masa dalam kereta on the way balik rumah..hehehe

adios amigos

Resepi Kek Batik

morning....

arini nak share resepi kek batik..last weekend selepas bangun dari tido di petang-petang hari, tetiba tekak nak makan kek batik...hehehehehe

resepi ni simple je dan senang nak buat plus sedap dimakan...

Bahan-bahannya ialah:-
Biskut marie 700g 
Butter 250g
Serbuk koko 1 cawan
Milo 1 cawan
Susu cair 1 tin
Susu pekat 1/2 tin
Gula 1/2 cawan - optional (kalau nak manis, letak gula)
Telur 3 biji

Cara-cara menyediakan:-
Campur butter,serbuk koko, Milo, susu cair, susu pekat dan gula di dalam periuk. untuk memudahkan sila guna periuk besar. kacau dengan api kecil sehingga semua bahan tadi sebati. tunggu sehingga mendidih. 

kemudian kacau telur di dalam mangkuk dan perlahan-lahan tuang ke dalam periuk tadi sambil di kacau. kalau tak, alamatnya telur tu masak dan berketul-ketul.
selepas siap semuanya, tuang biskut marie ke dalam periuk dan gaulkan dengan bahan tadi. agak-agak kalau masih cair, tambahkan biskut lagi. biar biskut dan coklat tadi sekata dan boleh dimampatkan.

tuang ke dalam loyang dan mampatkan bancuhan biskut tersebut.
setelah siap, sejukkan di dalam peti ais semalaman. 

note: aku tak suka kek batik yang manis sangat..jadinya tak letak gula pun dalam bancuhan aku.. :)


aku suka buat kek batik ni sebab senang..sedap je makan bila kek tu sejuk..selalunya kalau buat mesti akan bawa ke opis satu bekas..

 
sambil drive pun leh makan jugak..lol

adios amigos

April 6, 2011

berangan di siang hari


senyum je kalau kos pentadbiran dan cukai PTPTN dilupuskan
bila tiba je musim pilihanraya, macam-macam kes akan kita dengar..ada kala sesuatu kes tu agak terlampau..sampai melibatkan maruah seseorang..

tahu la kalau menang kerusi yang bertanding, kuasa tu dalam gengaman..tapi lupakah bahawa ada kuasa yang lagi besar dari manusia..buat apa bertelagah sesama sendiri..tak best tul politik ni la...

sebab tu saya bukan la rakyat Malaysia yang bertanggungjawab..sebab saya tak pernah mendaftar untuk mengundi..huahuahuahuahua

bila musim pilihanraya ni, seribu satu janji dihulur kepada rakyat..tapi tak ada ke mana-mana menteri yang bertanding berjanji akan melupuskan cukai ataupun kos-kos pentadbiran PTPTN?? maksudnya mana-mana peminjam hanya perlu membuat bayaran balik jumlah yang dipinjam tanpa ada caj tambahan..

tak ada ke???

nape tak ada???

kalau ada, saya nak mengundi sekarang juga ni!
hehehehehehe

mode: daydreaming '-'

Kota Bandung Part 3


sekian lama....
sekian lama....
sekian lama baru nak share pasal holiday kat Bandung part 3 ni..huahuahuahuahua....

ok la, tanpa membuang masa kita start karangan ini sekarang juga! lol

Udara pagi yang sejuk, penghawa dingin yang begitu dingin membuatkan kami terlajak tidur dan tidak menyenangkan perut kami dengan sarapan di bawah..kepenatan semalamnya yang buatkan kami liat-liat nak bangun..tapi memandangkan hari itu hari terakhir kami di Bandung, kami gagahkan jua untuk bangun...kami pun terus bersiap-siap dan merancang mana nak pergi dan apa yang perlu di beli..

destinasi pertama kami ialah, Cihampelas Walk...tak tahu kenapa suka sangat datang Cihampelas Walk..suasana dia nyaman, dengan cuaca yang tak panas dan kitaorang dah ada tempat yang nak dituju..dari Malaysia lagi kitaorang dah listkan Pizza Hut tempat wajib kitaorang pergi..Pizza Hut je pun..tapi apa yang menarik Pizza kat sini ialah kenikmatan dan kegebuan pizza diaorang..sedap bangat...aku ni bukan la peminat pizza tapi kitaorang peminat pizza kat Indonesia..One more thing, service memang tip top 1st class ok!! tak macam kat sini..sana setiap kali diaorang hantar hidangan kat meja, mesti diaorang akan tanya 'Ada apa-apa lagi boleh dibantu cik?' Kalau kita jawab tak ada, diaorang akan akhiri dengan 'Selamat menjamu selera. Saya ada di dalam dan sedia membantu.' Lebih kurang gitu la ayat diaorang..siap dengan tangan kat dada..punya la macam beradab..kat sini korang makan kat pizza ada ke service macam tu?? seumur hidup aku makan pizza kat sini, takde lagi la layanan macam kat sana.. lol

tengok je berapa banyak gambar kat Pizza Hut Cihampelas Walk yang sempat kitaorang snap.. :)

on the way to Cihampelas Walk, sempat singgah beli t-shirt as buah tangan..


hebat! hebat! diskon 50%!!hehehe...ada diskaun 50% setiap hari Isnin-Jumaat..promosi lunch kata kau!

muka beria makan salad..konon diet la tu..

ni en.hasben yang order..salad tadi tu konon untuk diet...piraaaahhh

sila convert sendiri..sangat murah! wa cakap lu! :)

ni saya punya! must have when in Pizza Hut!

ini gambar salad yang en.hasben order..

blue ocean nama air tu..

sungguh tak cantik mukaku! ceh

saya punya mushroom soup tadi!! nyummy

tengok la! tengok la! orang yang diet kononnnnnnn..tapi en.hasben memang dah cakap, nak g Bandung nak makan je!

selepas perut penuh di isi dengan makanan, kami pun menyambung perjalanan. seterusnya kami mencari kedai yang jual 'pise sale' atau dalam ejaan bahasa kita, 'pisang salai'..sambil jalan mata kami melilau cari kedai Odjolali.. kedai ni memang ada jual kerepek-kerepek, pisang salai, dodol dan macam-macam lagi..ini pun tante yang recommend.

kakek tu tengah goreng tempe..sedap tau tempe goreng! mesti beli buat buah tangan untuk family..boleh buat makan kudap-kudap masa menonton tv di petang-petang hari.. --> apron pun ada tulis nama kedai..


kat Odjolali ni kitaorang beli macam-macam kerepek..pisang, tempe, dodol..tapi semuanya yang lain-lain perasa..ada pisang salai coklat jugak! bila waktu pembayaran, cashier tu tanya nak packing dalam plastik ke kotak..kitaorang mintak dia packing dalam kotak dan minta diaorang hantarkan ke hotel kami..free ok!! no delivery charges!

fyi, kedai Odjolali ni kat sepanjang Jalan Cihampelas..

ok selesai pembelian buah tangan untuk sanak saudara, kami pun menuju ke destinasi impian kami..eh bukan kami..tapi aku..destinasi impianku!! Factory Outlets!!! huahuahuahuahua

Kami naik angkutan ke Jalan Riau..tante bilang factory outlets kat sini lagi murah barang-barang dia..choice pun boleh tahan..tapi memang murah bila aku comparekan dengan harga kat F.O lain..ada jugak beza sampai IDR20000.. banyak jugak kan bezanya...kat sini sibuk bershopping sampai takde sekeping gambar pun kitaorang snap.. :p

abis shopping kat f.o, kitaorang pergi Pasar Baru lagi..untuk jumpa tante dan om..takut pulak nanti esoknya tak sempat jumpa (memang tak sempat jumpa pun)..tapi kami tak dapat jumpa tante sebab tante tak datang kedai aritu..ada sedara dia datang kat rumah..kitaorang tumpang hasil shopping pastu kitaorang pergi ke Jalan Cibadak..kat sepanjang Jalan Cibadak ni, ada banyak souvenir..tapi kitaorang nak cari fridge magnet.tak jumpa pulak..masa cari boleh plak tak jumpa..kalau tak cari ada je..haihh

kami pun patah balik ke Pasar Baru..kami g makan kat foodcourt kat tingkat atas..kedai yang biasa kitaorang makan..tapi kali ni, kami berdua je..Odhe anak om dan tante takde arini sebab bersekolah..mamat kedai tu pun dah baik dengan kitaorang dan masih cam kitaorang lagi..sebab 1st time ke Bandung dulu, kami makan kat kedai sama jugak..tak sangka la budak tu masih ingat kitaorang..terasa famous pulakk... uweeekkk

selesai makan, kami amik kesempatan pusing-pusing kat dalam pasar baru sementara tunggu om tutup kedai..
balik tu om bawa kami singgah kedai Kartika Sari dan Amanda..sempat la aku beli 2 3 kotak brownies kukus dan bakar untuk rasa..dapat beli 2 3 kotak je..nak beli lebih duit dah tak cukup..huhuhuhuhu

sampai je kat hotel, kitaorang pun salam-salam dengan om..terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong kitaorang selama kat sana..dengan bawa g makan, g jalan-jalan...

tak habis sampai situ je aktiviti kitaorang..malam tu sempat lagi jalan-jalan kat Cihampelas Walk lagi!! hahahahaha..ala, 10minit jalan kaki dari hotel..en.hasben sempat beli kenang-kenangan untuk diri dia sendiri..then, kitaorang saja lepak makan-makan kat cafe house sana..tapi nak cakap la kan, kentang goreng kat sana lagi sedap dari McDonalds nya kentang goreng..dengan garing pastu cecah pulak sos cili yang perggghh sangat sedap!!

ok yang ni paling menarik!! sila take note!

sebelah hotel kitaorang ada kedai serbaneka ala-ala 7Eleven kat Malaysia..lupa dah nama kedainya..tapi memang banyak la kat Bandung..nama pun macam 7Eleven, bukak 24hours..
nak tau apa kitaorang buat kat kedai tu??? kitaorang shopping dalam tu!! korang nak ke shopping kat 7E macam korang shopping kat Mydin?? tak kan... nak tau kenapa?? sebab harga nya sangat murah! aku siap beli syampu 2 botol, berus gigi la, apa la...macam-macam tau! Oh menarik giler! terasa rugi pulak tak singgah Giant kat sana. entah-entah siap leh beli barang rumah untuk sebulan... :p

selesai je menghabiskan duit yang dah tinggal sisa-sisa kat kedai serbaneka tu, kitaorang pun balik hotel dengan hati yang gembira..sambil jalan duk bebel-bebel harga kat sana murah..murah after korang convert duit Malaysia tau..

malam tu siap-siap dan terus tidur dengan kepenatan..tapi tak lupa untuk kunci jam sebab pagi-pagi lagi kitaorang dah kene berangkat ke Jalan Cipaganti untuk naik van dan terus ke airport Jakarta..siap mintak hotel buat morning call.. :)

en.hasben di depan hotel..

aku di depan signboard hotel..

sekian untuk kali ni..bersambung dalam bahagian akhir nanti..


note: sangat impress dengan diri sendiri sebab masih boleh mengingati aktiviti di sana dan nama-nama jalan!! wow!! sekali lagi kitaorang ke Bandung sudah pasti pass di sana!!  yeaaaahhhaaaa

adios amigos

April 5, 2011

Joke of the day


en.hasben: ini broccoli kan?? kan honey kan??
me: hehehehe..hihihihihihi
en.hasben: kan?
me: broccoli apanya? tu saderi la...huahuahuahuahuahua..... langsung terkeluar gelak besar

ini batang daun saderi..

ini baru broccoli..


p/s untuk en.hasben: lain kali ikut I g pasar..


April 4, 2011

Nangis tak dapat minum milo ais


kenapa kau menangis sebab tak dapat minum milo ais??
cecite..cecite....

pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan aritu...
ada yg bekerja, ada yg bergembira...

dalam peti ais kat umah ada sekotak air milo..jadi aku pun amik la gelas dan isi milo tersebut..tapi rasa macam tak berapa nak sejuk..aku pun laju je ambil ais seketul masukkan dalam gelas milo tadi..(seketul je pun aisnya...ala, ketul yg ada lubang tengah-tengah tu...)

dengan berlagaknya aku bawa segelas milo ais itu dan minum sambil menonton televisyen (tv)..masa tu en.hasben pun tengah menonton tv..dengan lantasnya en.hasben merampas milo tersebut dari tangan aku..aku cuma sempat minum seteguk je..pastu en.hasben habiskan milo itu..waaaaa..dengan rasa hanginnya aku pun topup balik milo dalam gelas..tapi dapat separuh gelas je sebab dah abis yang dalam kotak tu..

tetapi en.hasben datang ke dapur dan spot check aku minum milo ais ke tak..before tu aku dah buang dah ais tu..so, kali ni dah takde ais..tapi bagi en.hasben milo tu tetap sejuk..jadi dia minum lagi milo tu... 

tetiba..........

rasa sedih je tak dapat nak menikmati milo ais..terus mengalir air mata ni tau!! en.hasben cuak..mulanya dia nak habiskan milo tu semua tapi sebab dah nampak air mata aku ni mengalir, dia tak jadi habiskan..cumanya milonya dah tinggal separuh dari yang separuh gelas tadi..dengan lajunya aku habiskan je suku gelas milo tu..tu je yang dapat aku minum..masa minum tu sambil lap-lap air mata dengan hujung lengan tshirt..

kesiankan saya???  

milo kotak yang 1L tu la yang menyebabkan airmataku ini mengalir


katahati: nanti I beli milo tu berkotak-kotak pastu I sejukkan dalam peti ais..sama gak kan sejuknya...tapi minum bila U tak de kat KL..hahahaha :P