February 17, 2011

Resepi Asam Laksa

caya tak caya je semalam berjaya buat asam laksa..tunggu en.hasben bawa g MPH book cafe Subang Parade, leh tumbuh janggut kat dagu ni...nak buat camner..en.hasben balik KL weekend je..weekend la dia nk bermanja-manja dengan insan tersayang dia...nak peluk-peluk nak cium-cium...sila jangan muntah! hahahaha

ok ok..berbalik pada topik kita, asam laksa..... resepi ni aku dapat dari blog ni . tapi bagi yang malas nk click to that link atau pun yang tak nak memenuhkan browsing tab yang ada kat atas tu, aku copy paste la letak sini...

Penang Assam Laksa.....

1 kilo laksa (dicelur hingga lembut, toskan)
1 kilo ikan kembung atau sardin (rebus hingga masak, keluarkan & siat isinya separa hancur, air rebusan disimpan)

Bhn kisar
10 tangkai cili kering (buang biji, rendam dgn air panas)
10 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 hiris nipis lengkuas
Sedikit belacan

Bahan A
2 cwn air asam jawa pekat
3 keping asam keping
10 tangkai daun kesom
2 btg bunga kantan (hiris kasar)
3 btg serai (diketuk)
Air secukupnya
Garam, gula & serbuk perasa

Bahan B
Timun, bunga kantan, cili merah / cili padi, bawang besar, daun salad & nenas *(sliced & shredded)*
Sedikit petis udang (har koe), cairkan dgn sedikit air panas

Cara memasak:
Masukkan air & stok ikan ke dlm periuk, masukkan bhn kisar & bhn (A). Masak sehingga mendidih. Seterusnya masukkan isi ikan. Biarkan kuah mendidih seketika. Sesuaikan rasa. Biar merenih sebentar. Angkat & sedia dihidang.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah panas ke atasnya. Hiaskan dgn bhn B & sedikit petis udang.

Budget: lebih kurang RM20 dapat seperiuk besar kuahnya.. ;)

tapi kan, resepi ni tak sama rasanya macam kat MPH tu..aiyyakkk....kene gak ni en.hasben bawa g sana...hikhikhik..ngada kan isteri ayie ni..nak makan macam-macam mengalahkan orang mengidam.. ;p

ketika dalam proses memasak...

sebelum proses mengunyah...

menarik kan??? memang delicious pun!

hah...nak buat yang macam ni la..tapi tak jadi plak......waaaaaa..kecewa tul la..tapi rasa laksa yang aku masak semalam pun sedap..cuma tak color macam ni je la...

No comments: