July 16, 2013

Holiday to Tokyo, Jepun (part1)

salam...

kali ini nak berkongsi tips/plan untuk bercuti ke negara matahari terbit, Jepun..actually dah lama pergi tapi baru ada masa nak update disebabkan kekangan masa..dari masa kami pergi kene apply visa sampai sekarang ni dah tak perlu apply visa..lagi mudah!! huh, kalau tau g lambat sikit.. ;p

entry ni kali ni saya akan rumuskan dalam bentuk point2 supaya senang nak buat reference.

Bismillah..

1) Sebelum berangkat, pastikan items di bawah sudah disediakan..


  • tiket flight - sukati la airlines memana pun..janji sampai..saya bawa anak yang berusia setahun 5 bulan masa tu..agak menduga kesabaran bila dia rimas duduk 1 tempat je..puas jugak la saya duk bawa dia tawaf keliling seat yang ada dalam flight tu..ada tu anak saya sempat bermain cards dengan anak2 mat salleh dan mat jepun..



yang kiri bawah itu la Zara..bukan reti main pun..tapi dia nak berkawan.. :)


  • print out hotel yang telah di'booking' - ini bagi memudahkan holiday anda di sana..nanti dah sampai Jepun boleh terus ke hotel yang dibooking. takde lah kelam kabut cari hotel nanti..
  • pakaian secukupnya - sila check dulu tarikh yang anda pergi tu dalam musim apa..kalau salah pakaian yang di bawa, maknanya anda bakal menambah perbelanjaan dengan membeli pakaian baru..musim yang kami pergi tu musim spring nak ke summer..jd bawa baju jaket selai dua, yang lain baju biasa kita pakai hari2 kat Malaysia..
  • Kasut amat memainkan peranan penting ye! sila ingat..kalau nak berjalan2 tak kan la nak pakai heels kot kan..alamatnya terseksa la kaki anda..anda pun penat..macam kami, kami beli kasut kat Timberland..yang waterproof..sebab apa waterproof? sebab kalau ujan ke apa, takdelah kami nak kene beli kasut baru..kasut anak je lebih sikit..at least dua pasang..
  • bagpack - takdenya handbag..tak yah nak melaram sangat la..org2 kat sana lg kuat melaram..hahaha
  • beg susu anak - bagi yang bawa anak..sediakan biskut2 dia sekali..kang mak ayah syiok berjalan, anak kelaparan..make sure susu anak cukup untuk sepanjang masa anda di Jepun..
  • baju hujan - ni kami bawa dari Malaysia..beli yang kat 7E tu je..tak digalakkan bawa payung..payung leh dapat di mana2 kat Jepun tu..pilih je mana satu yang berkenan di hati..
  • toiletries -  ada hotel yang sediakan semua termasuk berus gigi..tapi kami lagi suka bawa yang sendiri punya
  • ubat-ubatan - yang ni wajib especially untuk anda yang ada asthma, gastrik dan yang kene makan ubat hari2..jugak untuk anak ada..sebaiknya sebelum berangkat, pergilah memana klinik dan mintak doctor bagi bekalan ubat demam, batuk, selsema, antibiotik dan etc..
  • tren & subway nya map - yang dua ni serius penting sebab senang untuk refer mana nak g..kalau boleh study dulu mana nak pergi, macam mana nak pergi dan sebagainya...nanti saya ajar sikit2 mcm mana nk tengok map diaorg..
2) Ok yang ni saya print screen keperluan list yang saya buat dalam excel. senang sikit masa packing barang..

sila klik untuk gambar yang lebih besar.

next tips/plan saya akan kongsikan dalam next entry..bukan apa..senang korang baca tak meleret2 panjang..


salam,
mummyZara



February 15, 2013

find me in instagram!

hello dunia!

salam....

pada semua yang suka bebenor dengan instagram, boleh la follow mem'follow' sesama kita..ni salah satu cara dunia berkomunikasi walau jauh berbatu-batu..

masyarakat kini tidak lari dari data plan, wifi, or pendek kata internet yang telah menjadi salah satu keperluan  zaman ini.. ada tu, saja lepak lama-lama kat OldTown la, McD la, Starbuck la, even kat mamak pun jadi..bukan sebab lapar nak makan bebanyak..tapi sebab nak guna wifi berjam-jam dengan bayaran teh o' ais segelas.. lagi murah dari duduk kat cyber cafe.. ;P

dolu-dolu, kat blogspot ada facebook, twitter badges..sekarang ni instagram pulak..tempat di mana masyarakat berkongsi telatah dan perkara menarik dengan memuat turun gambar-gambar..sesuai dengan permintaan tinggi, instagram's user boleh comment, boleh like, boleh tag..

dan kini, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mempersembahkan...........


Instagram

bye! sampai jumpa lagi!

salamsayang,
mummyzara

February 5, 2013

Baby few words - part 2 (animals)


Salam!
Hi!

This is part 2 nya story sambungan dari part 1..tapi kali ni kita concentrate binatang pulokss ye..

moh kita tengok apa yang baby Zara dah pandai cakap untuk umur dia 1tahun 2bulan 7hari.. :) 

1st binatang yang dia kenal ialah burung ataupun bahasa omputihnya BIRD! anak saya tak pandai cakap melayu kalau jumpa burung..dia sebut BIRD! huahuahua.. punca dia kenal bird sebab pagi2 atuk neneknya bawa dia jalan2 kat bawah flat sambil tunjuk bird flying in the sky.. waaaa gitu dramanya.... ;p

birds

ok, next yang Zara dah kenal ayam..dia sebut 'yam' sebab pelat ye kawan2..kalau tanya dia bunyi ayam macam mana, dia jawab "oak oak oak" bukan "kok kok kok"..ni pun sebab pelat. ok la, asal kita yang besar ni boleh faham. jangan marah kalau baby pelat tapi kita as orang dewasa ni jangan ajar baby cakap pelat..sampai ke besar nanti pelatnya.. :)

yang ni rasanya cepat je baby boleh kenal..cat @ miaow miaow..Zara tak tahu sebut cat, tak tahu sebut kucing.. dia tahu miaow miaow je..cara dia panggil miaow pula macam ni " miaoww, come come" sambil tangan lurus ke depan dan jari lentik2 dengan penuh gaya..lagi best dia sambung pulak dengan bunyi dari lidah macam kita selalu buat masa panggil kucing.. ohhhmydaughter! she is so funny! hilang penat kerja tahu tak dengan kerenah anak-anak..

seiring meningkatnya usia Zara, ada macam-macam laagi binatang yang dia kenal..antaranya nyamuk, lion.. lion dia tak pernah tengok live tapi dari buku dia..tips nak beli buku untuk baby, beli yang tebal2, banyak gambar dan colorful. memula memang baby main bukak tutup bukak tutup buku tu..tapi bila dia selalu tengok gambar, kita pun ajar dia, dia akan ingat dan faham..

baru-baru ini yang Zara selalu sebut sekarang ialah ANT! kan i dah bilang, anak i speaking omputih je..hahaha..gurau2 di pagi hari.. :) mummy selalu cakap dengan Zara macam ni, "Ant, gigit bontot Zara".. berkeliaran la Zara lari sebab takut semut gigit dia..nanti dia pun sama cakap "gigit". comel bila sebut gigit...tak pelat pun..hehehhehe

Ant yang nak gigit bontot Zara. )

ok setakat ni dulu..mummy Zara pun nak kene buat kerja ni..nanti kita sambung part 3 ye..Insya Allah..



SalamSayang,
MummyZara