April 25, 2014

Pulangnya MAK ke Rahmatullah


salam..

saya rindu mak saya...sangat2 rindu..

Al-Fatihah.
9 March 1959 - 13 April 2014

No other words that I can write now.



July 22, 2013

Holiday to Tokyo (Part 2 - Universal Studio Osaka)


Salam..

hari ni saya share gambar2 sewaktu holiday kat Jepun aritu..perasaan malas nak menaip tu sangat tinggi..kekekeke

sesampainya kami di Haneda airport. tengok board belakang tu.. bas ke Shibuya akan sampai pukul 12.00 midnight.. zara pun dah melepek dalam stroller dia..dia penat mengamuk dalam flight siang tu.. :)

board belakang tu ada dwi-bahasa..Japanese ngn english..mana2 public area pun dah ada sign in english.jadi tak perlu risau sangat..
ini lah bandar Shibuya..kami berjalan kaki dari station Shibuya ke hotel..perjalanan mengambil masa 20 minit berjalan kaki..

see zara afina duk dalam carrier.. view kami bersama backpack memang banyak since kami bawa bekal sepanjang percutiaan ke sana..tak berani nak beli food kat sana takut tak halal..lgpn kami tak pandai berbahasa Jepun..

Shinkansen (bullet train)..kalau dari Shibuya ada 2 station yang menghubungkan train biasa dan Shinkansen..1 kat Tokyo station, 1 lagi kat Shinagawa..boleh refer kat image bawah ni..
Kami naik bullet train ni sebab nak g Osaka..dalam 2 jam setengah je dah sampai Osaka.

Yamanote line. Yang green link tu setiap station yg train ni akan stop. Dari Shibuya ke Tokyo station ambil masa 24minit..cepat kan?

Osaka Universal Studio... yeah!!

ala2 model USJ gitu..keke

seriouly, i tak tau ni kartun apa! waktu kecik2 dulu tak banyak tengok tv..

Antara persembahan yang ada di USJ..

untung budak kecik ni..kecik2 lagi dah sampai Jepun..she is so cute kan! kes mummy admire anak sendiri..

ala2 artis gitu mummy ngn anak ni..konon macam Suri dan Katie la ni..

Enjoying herself di USJ..cepat masa berlalu..dah pandai berjalan dah anak mummy ni..

malam hari di Osaka..sejuk ooooo....



ok, entry kali ni trip kami dari Malaysia - Tokyo - Osaka..Nanti saya share lagi gambar2 kami kat sana..

hopefully zara dah besar dia akan tengok gambar2 dia kat sini..

tadaa..

July 16, 2013

Holiday to Tokyo, Jepun (part1)

salam...

kali ini nak berkongsi tips/plan untuk bercuti ke negara matahari terbit, Jepun..actually dah lama pergi tapi baru ada masa nak update disebabkan kekangan masa..dari masa kami pergi kene apply visa sampai sekarang ni dah tak perlu apply visa..lagi mudah!! huh, kalau tau g lambat sikit.. ;p

entry ni kali ni saya akan rumuskan dalam bentuk point2 supaya senang nak buat reference.

Bismillah..

1) Sebelum berangkat, pastikan items di bawah sudah disediakan..


  • tiket flight - sukati la airlines memana pun..janji sampai..saya bawa anak yang berusia setahun 5 bulan masa tu..agak menduga kesabaran bila dia rimas duduk 1 tempat je..puas jugak la saya duk bawa dia tawaf keliling seat yang ada dalam flight tu..ada tu anak saya sempat bermain cards dengan anak2 mat salleh dan mat jepun..



yang kiri bawah itu la Zara..bukan reti main pun..tapi dia nak berkawan.. :)


  • print out hotel yang telah di'booking' - ini bagi memudahkan holiday anda di sana..nanti dah sampai Jepun boleh terus ke hotel yang dibooking. takde lah kelam kabut cari hotel nanti..
  • pakaian secukupnya - sila check dulu tarikh yang anda pergi tu dalam musim apa..kalau salah pakaian yang di bawa, maknanya anda bakal menambah perbelanjaan dengan membeli pakaian baru..musim yang kami pergi tu musim spring nak ke summer..jd bawa baju jaket selai dua, yang lain baju biasa kita pakai hari2 kat Malaysia..
  • Kasut amat memainkan peranan penting ye! sila ingat..kalau nak berjalan2 tak kan la nak pakai heels kot kan..alamatnya terseksa la kaki anda..anda pun penat..macam kami, kami beli kasut kat Timberland..yang waterproof..sebab apa waterproof? sebab kalau ujan ke apa, takdelah kami nak kene beli kasut baru..kasut anak je lebih sikit..at least dua pasang..
  • bagpack - takdenya handbag..tak yah nak melaram sangat la..org2 kat sana lg kuat melaram..hahaha
  • beg susu anak - bagi yang bawa anak..sediakan biskut2 dia sekali..kang mak ayah syiok berjalan, anak kelaparan..make sure susu anak cukup untuk sepanjang masa anda di Jepun..
  • baju hujan - ni kami bawa dari Malaysia..beli yang kat 7E tu je..tak digalakkan bawa payung..payung leh dapat di mana2 kat Jepun tu..pilih je mana satu yang berkenan di hati..
  • toiletries -  ada hotel yang sediakan semua termasuk berus gigi..tapi kami lagi suka bawa yang sendiri punya
  • ubat-ubatan - yang ni wajib especially untuk anda yang ada asthma, gastrik dan yang kene makan ubat hari2..jugak untuk anak ada..sebaiknya sebelum berangkat, pergilah memana klinik dan mintak doctor bagi bekalan ubat demam, batuk, selsema, antibiotik dan etc..
  • tren & subway nya map - yang dua ni serius penting sebab senang untuk refer mana nak g..kalau boleh study dulu mana nak pergi, macam mana nak pergi dan sebagainya...nanti saya ajar sikit2 mcm mana nk tengok map diaorg..
2) Ok yang ni saya print screen keperluan list yang saya buat dalam excel. senang sikit masa packing barang..

sila klik untuk gambar yang lebih besar.

next tips/plan saya akan kongsikan dalam next entry..bukan apa..senang korang baca tak meleret2 panjang..


salam,
mummyZara



February 15, 2013

find me in instagram!

hello dunia!

salam....

pada semua yang suka bebenor dengan instagram, boleh la follow mem'follow' sesama kita..ni salah satu cara dunia berkomunikasi walau jauh berbatu-batu..

masyarakat kini tidak lari dari data plan, wifi, or pendek kata internet yang telah menjadi salah satu keperluan  zaman ini.. ada tu, saja lepak lama-lama kat OldTown la, McD la, Starbuck la, even kat mamak pun jadi..bukan sebab lapar nak makan bebanyak..tapi sebab nak guna wifi berjam-jam dengan bayaran teh o' ais segelas.. lagi murah dari duduk kat cyber cafe.. ;P

dolu-dolu, kat blogspot ada facebook, twitter badges..sekarang ni instagram pulak..tempat di mana masyarakat berkongsi telatah dan perkara menarik dengan memuat turun gambar-gambar..sesuai dengan permintaan tinggi, instagram's user boleh comment, boleh like, boleh tag..

dan kini, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mempersembahkan...........


Instagram

bye! sampai jumpa lagi!

salamsayang,
mummyzara

February 5, 2013

Baby few words - part 2 (animals)


Salam!
Hi!

This is part 2 nya story sambungan dari part 1..tapi kali ni kita concentrate binatang pulokss ye..

moh kita tengok apa yang baby Zara dah pandai cakap untuk umur dia 1tahun 2bulan 7hari.. :) 

1st binatang yang dia kenal ialah burung ataupun bahasa omputihnya BIRD! anak saya tak pandai cakap melayu kalau jumpa burung..dia sebut BIRD! huahuahua.. punca dia kenal bird sebab pagi2 atuk neneknya bawa dia jalan2 kat bawah flat sambil tunjuk bird flying in the sky.. waaaa gitu dramanya.... ;p

birds

ok, next yang Zara dah kenal ayam..dia sebut 'yam' sebab pelat ye kawan2..kalau tanya dia bunyi ayam macam mana, dia jawab "oak oak oak" bukan "kok kok kok"..ni pun sebab pelat. ok la, asal kita yang besar ni boleh faham. jangan marah kalau baby pelat tapi kita as orang dewasa ni jangan ajar baby cakap pelat..sampai ke besar nanti pelatnya.. :)

yang ni rasanya cepat je baby boleh kenal..cat @ miaow miaow..Zara tak tahu sebut cat, tak tahu sebut kucing.. dia tahu miaow miaow je..cara dia panggil miaow pula macam ni " miaoww, come come" sambil tangan lurus ke depan dan jari lentik2 dengan penuh gaya..lagi best dia sambung pulak dengan bunyi dari lidah macam kita selalu buat masa panggil kucing.. ohhhmydaughter! she is so funny! hilang penat kerja tahu tak dengan kerenah anak-anak..

seiring meningkatnya usia Zara, ada macam-macam laagi binatang yang dia kenal..antaranya nyamuk, lion.. lion dia tak pernah tengok live tapi dari buku dia..tips nak beli buku untuk baby, beli yang tebal2, banyak gambar dan colorful. memula memang baby main bukak tutup bukak tutup buku tu..tapi bila dia selalu tengok gambar, kita pun ajar dia, dia akan ingat dan faham..

baru-baru ini yang Zara selalu sebut sekarang ialah ANT! kan i dah bilang, anak i speaking omputih je..hahaha..gurau2 di pagi hari.. :) mummy selalu cakap dengan Zara macam ni, "Ant, gigit bontot Zara".. berkeliaran la Zara lari sebab takut semut gigit dia..nanti dia pun sama cakap "gigit". comel bila sebut gigit...tak pelat pun..hehehhehe

Ant yang nak gigit bontot Zara. )

ok setakat ni dulu..mummy Zara pun nak kene buat kerja ni..nanti kita sambung part 3 ye..Insya Allah..



SalamSayang,
MummyZara

January 30, 2013

Baby few words

salam..

semakin meninjak usia, semakin banyak yang kita pelajari..semakin bertambah ilmu di dada..ini semua bagi mereka yang ingin belajar..

bagi si kecil pula, mereka belajar dan masih belajar..belajar dari orang sekeliling dan mungkin dari apa yang mereka lihat terutama dari siaran t.v..adalah kot 30% akibat pengaruh t.v..

macam Zara Afina, makin hari makin bijak..makin hari makin pok pek pok pek...mummy selalu cakap macam ni, "Zara ni, pok pek pok pek..." dia pun sama ulang apa kita cakap... "pok pek pok pek".. so cute!!! sumpah tak tipu! ada ke budak kecik tak cute kan??

Antara patah perkataan yang Zara dah pandai, atuk, nenek, miii (mummy), diii (daddy), kakak, abang iman dia sebut 'mannnn'..hehehe..actually banyak jugak yang dia dah pandai sebut..bagi umur macam dia la..kalau jumpa orang pun, mummy suruh salam, dia salam..mummy suruh bubbye, dia bubbye..siap flying kiss lagi Zara bagi..jangan jatuh hati, jatuh cinta dengan dia sudah..


tu lan.. (tu bulan kata Zara)

mok..hah! (sambil menepuk tangan kuat2. konon pukul nyamuk  ye kawan2..)

shuss..(shoes kata kau! minah saleh celup.. )


last but not least..banyak lagi yang dia pandai..ni antara yang teringat kat kepala je..nak tahu lebih lanjut, kene la jumpa dia in-person..cewwwahh..fefeling artis jap..

MAMAM!!!!

ohhoii wahai anak! mummydaddy tak ajar pun yang ni tempat mamam..
Zara pantang nampak kfc..dia siap cakap "tu mamam!"
kalau mummy tanya, Zara nak mamam kfc ke? dia jawab "nak. nak mamam.."
mummydaddy speechless....sebab anak dah pandai mintak kfc..
ahhhaaiiii...

kalau kita suruh baca bismillah, dia sambung je kita baca..macam ni..bismillah "mann" nirrohhim... tang "mann" tu je dia sebut..kira boleh la tu kan..

ok cukup2 sudah untuk arini..


salam sayang,
MummyZara


January 20, 2013

baby high fever

salam... we are not enjoyed on the first day of 2013..sebab apa? sebab zara kene masuk spital gara2 demam panas.. situasi bertambah runcing bila dia dah boleh discharge tapi tetiba kene re-admitted. .. tetiba temp dia naik sampai 40.1..kene lagi stay dalam spital for another 2days..sambung drip, sambung cuti jugak for mummy... now, alhamdulillah dah sihat..makin ligat..mummy lagi suka tgk zara ligat rather than tgk zara sakit..i love u sayang...so deep in my heart.... waktu dan ketika mummy writing this, zara is sleeping next to me and daddy..mummy tak dapat tido sebelah daddy..sob sob..mummy saja mengada ngada..setiap malam mummy yang tido sebelah daddy..zara tido alone..saja teach her untuk jadi independent.. mummy wants to continue dreaming..nite u olls.. salamsayang, MummyZara

January 15, 2013

RHB-OSK merger



salam...

yelah cik jijah oii...aku dah buang shoutbox kat tepi tu..kekeke... 
al-maklum la..life as a professional mommy ni bukan senang..banyak pengorbanannya termasuklah blog ni.. ;p 

well, dah lama tak kongsi apa2 news kan..remember sharing is sexy? hehe

Sekarang ni, OSK no longer a single entity. dah merged ngn RHB. now become RHB-OSK Investment Bank..banyak advantanges nya in future and we are waiting for that..setakat ni yang bestnya, waktu kerja dipendekkan..kalau sebelum2 ni balik keje pukul 6.15, sekarang balik keje pukul 5.45pm and 4.45 on Friday!! wowwwiii menarik kan?! 

Tapi yang tak berapa menarik, even though waktu kerja dipendekkan, saya masih tak berpeluang menikmatinya..sob sob sob..paling awal saya balik kerja pun 6.30. Tu pun ibarat mimpi di siang hari..huhuhuhu 

Jam pun dah menunjukkan 8:38am. semakin menghampiri waktu memulakan kerja..patutnya tadi sampai2 opis kene siapkan keje..tapi duk merewang2 blog orang lain, gossip, dan merepek kat blog sendiri..tahun 2013 ni saya harap saya mempunyai 25jam sehari supaya sejam yang extra tu dapat digunakan untuk mengupdate blog lapuk ni..hahaha 

Cukup-cukup sudah mengarutnya ye..moh kita start kerja!! tak berkat duit nanti.. ;P 


salamsayang, 
MummyZara

note: my new signature.. :)

August 2, 2012

Salam Ramadhan

salam Ramadhan! dah lama rasanya tak menaip kat blog kesayangan ni..has been months! huhuhu..rasanya macam setiap kali update blog, mesti mulakan dengan ayat 'dah lama tak update blog' atau yang sama maksud.. ;p well, today its 13th days in Ramadhan tapi saya baru berpuasa 9days...lebih tu makan di tengah hari.. actually, current time 2:00pm, 2nd Aug 2012, saya tersangat la malas untuk buat keje..mood malas datang tapi ada keje yang menanti..ada yang due esok dan ada yang due Selasa depan.. so, saya amik peluang ni untuk menupdate blog picisan ni.. few things to update: - kehilangan insan yang dihormati: dad in law :| arwah pergi meninggalkan kami pada 8th July 2012 9.30pm. - si kecik dah pandai mintak mamam, mintak nenen! yeahhhh proud of u,lil' princess - raya dah nak dekat, tapi baju raya lum ada..handbag raya je ada.. ;p - start cuti raya 16th Aug..ada lagi 9 hari je lagi nak kene datang keje..tak sabarnya.. bukan tak sabar nak raya tapi tak sabar nak cuti.. - daddy's Zara belikan ipad2 for her daughter?? erkk..ke alasan daddy nak beli ipad?? opppssss...come to think about it, mummy's Zara pun leh la update blog guna ipad? hehehehe buat masa sekarang, kita stop dulu..nak sambung buat keje..kang boss suruh update blog 24hours/7days per week at home nanti..masa tu baru padan muka.. hehehehe selamat berbuka frens!

March 24, 2012

Khas buat Azizah Mansor!

merajuk aku dengan ko! tak visit aku dah sampai wangsa maju! huh

tu je nak cakap kat ko...merajuk tak leh cakap banyak-banyak! :|

January 12, 2012

my first post by using samsung galaxy..

Salam....

This is my new first try using my handphone..i got nothing to share now.. ;p

Errmmm...tak leh upload picture ek klau guna hp update blog??

January 11, 2012

Pengalaman bersalin anak pertama

salam...

firstly nak cakap, sayangilah ibu anda sepenuh hati!

as mentioned in previous entry, nanti saya akan share kan pengalaman bersalin saya di sini..jadi, segalanya bermula begini..keke

tanda awal - setiap ibu lain pengalamannya. macam saya, pukul 4 pg, 29 Nov 2011, ada terasa sakit perut sikit-sikit. saya tak berapa risau sebab due 30 Nov. Kalau dah start sakit perut, dah memang budget nak bersalin.. ;p

walaupun ada terasa sakit, saya tak kejutkan en.hasben yang kebetulan ada di sisi. saya biarkan dia tido sebab pagi tu dia akan bertolak ke Kuantan. Pas ada rasa sakit tu terus tak boleh tido sampai ke sudah. saya gi ke bilik air untuk kencing tapi takde tanda2 lain yang keluar. kebetulan masa tu dah subuh, mak mertua tanya kenapa. saya jawab la sakit perut. mak pun cakap dah nak bersalin la tu. dia bagi saya sebotol air zam-zam. dia suruh selawat dan minum air tu..air selusuh yang ada dalam bilik pun dia suruh selawat dan minum.

sakit perut tu kejap ada kejap takde sampai ke tengah hari. jadi pagi tu saya tak pergi keje sebab fikir nak g klinik. tapi pagi tu en.hasben nak g HQ dia dulu. jadi saya ikut dia g ke HQ then saya tunggu dalam kete. motif buat macam tu, en.hasben kata kalau saya dah nak bersalin nanti senang dia terus antar je g hospital. sempat la breakfast nasi lemak,donut ngan air kopi..rasanya breakfast pagi tu je abis RM20.kekeke..mahal?? saya makan kat hotel..muahahahaha.. HQ opis en.hasben kat hotel..apa lagi kan.. ;p

dah abis urusan en.hasben, kitaorang pun g klinik private yang tiap2 bulan buat check up kat situ. doctor tengok due nya esok. jadi untuk memastikan betul ke tidak dah nak bersalin, doctor tu seluk la kat tutt...dia cakap dah bukak 2cm. dia arah terus masuk ward. Disebabkan takut tak cukup duit kalau tetiba kene operate, kitaorg refused masuk ward kat situ. kitaorang terus terang la kat doctor. walaupun doctor cakap Insya Allah bersalin normal, tapi kami takmo amik risiko.. lebih 5ribu ooooo kalau operate..

Lepas bayar bil check up, saya balik rumah dulu. mandi-mandi, cuci rambut, shave apa yang patut..pastu makan telur separuh masak 2 biji dengan air kopi pekat2..tu petua orang dulu2, konon nak bagi senang bersalin..dah siap semua, kami pun gi la spital kerajaan..

sampai spital kerajaan, doctor check memang dah bukak 2cm. tapi diaorg buat ecg baby dulu..tapi malangnya ecg baby tak normal..haih..adalah dalam sejam buat ecg tu. sampai lastnya doctor pakar tu datang check pastu dia tengok masih 2cm. dan sekali lagi tutt kene seluk dengan doctor pakar tu..katanya nak bukak jalan..yang ni serius sakit! Pas kene seluk tu baru ecg baby ok! pastu masuk bilik doctor pulak untuk scan perut. doctor cakap ni confirm perempuan. berat dalam 3kg. lega sket sebab takde la berat sangat baby..takut kalau berat susah nak teran..kekeke

dah selesai semua, kene masuk ward. dalam pukul 4ptg masuk ward dengan bukaan 3cm. Pukul 7mlm masih 3cm. kan awal tadi saya mentioned saya minum air zam-zam. kebetulan masa kat ward tu saya bawa botol air zam-zam tu. nurse bukak tudung botol tu dan biarkan terbuka. masa ni memang dah start sakit..memulas2..dan ada keluar darah masa saya kencing..

dari pukul 7mlm sampai pukul 8mlm tu memang sakit yang teramat-amat sangat..saya duk ulang2 'Ya Allah, sakitnya Ya Allah'..perut mengeras dan memulas..saya panggil nurse saya cakap saya memang tak tahan sangat sakitnya. dia bawa gi check dah bukak berapa cm. tapi masih 3cm. nurse tu amik botol air zam-zam tadi dan potong botol tu separuh. dia cakap biar senang bukak jalan.. dan saya mintak pain killer. doctor pakar yang seluk saya tadi bagi 1 dos suntikan kat bontot..pain killer ni buat kita tido tapi dalam kita tido tu, kita masih rasa sakitnya..

tetiba saya terasa macam nak terkeluar sesuatu dari celah peha masa tengah tido tu. saya picit loceng banyak kali. nurse check2 dah bukak 7cm. terus dia tolak masuk labor room..saya pun terus call en.hasben bagi tahu saya dah masuk labor room.

masuk je labor room, midwife tu check dah bukak 9cm. terus dia ajar camner nak teran. dia cakap kepala baby dah nampak. cara teran tu macam ni, amik nafas, teran macam nak berak keras, angkat badan dan tengok perut. en.hasben pun sampai dan berdiri kat sebelah bagi semangat kat saya sambil memegang tangan saya. bidan bilang 1,2,3 saya pun teran. teran yang 3,4 kali memula tu salah. tapi saya cuba jugak dengan bantuan midwife dan nurse kat situ..ramai gak la..ada dalam 6orang..mcm ada party.. ;p

teran punya teran terasa tap! kene gunting tapi tak rasa sakit..dengar je..tapi kepala dah tak fikir lain dah kecuali nak keluarkan anak tu je. takut anak lemas..tak pasal kene vakum. tak pun silap haribulan operate plak..setelah beberapa kali, berjaya gak! lepas bidan gunting tali pusat, sorang nurse angkat baby dan tanya kat saya baby laki ke perempuan. saya jawab perempuan, pastu nurse tu bawa g bersihkan baby.

saya plak, dah terlentang kat situ dengan kaki terkangkang lagi! huhh!! tak de rasa malu dah time tu! berserah je..masa tu sejuknya sampai mengigil2. saya sempat bagi tahu bidan saya sejuk. dia cakap itu normal. bidan tu tengah keluarkan uri dan check ada sisa-sisa tertinggal kat dalam. saya rasa macam tangan dia masuk dengan selamba je dalam tutt tu..lepas dah pasti takde sisa, bidan tu jahit plak tempat yang dah kene gunting tadi..selesai semua, dia bagi air kosong secawan..en.hasben dah g uruskan apa yang patut.

itulah pengalaman bersalin saya. sampai sekarang saya tak tahu kenapa botol air zam-zam tu dipotong. tapi Alhamdulillah, lepas nurse tu potong separuh botol tu yang dari pukul 8mlm-10mlm, dari bukak 3cm dah bukak 9cm. saya bersalin 10.27mlm. ohhh lupa pulak, selepas nurse tu potong separuh botol air zam-zam tu, saya call en.hasben suruh dia bukak penutup botol air selusuh yang ada dalam kereta. significant nya, saya tak tahu..ada gak saya google tapi masih belum ada jawapan.

rasa macam panjang cerita saya ni..mesti boring kan..jom la kita tengok gambar2 zara.. :)

1 day old - macam anak jepun pun ada :)

1 months and 1 day old - sudah bulat kan??

1 months and 4 days old - so adorable!! mummy love u zara! :-*


adios amigos

January 6, 2012

our new family

salam...

Alhamdulillah! syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya ke atas kami sekeluarga.

Pada tanggal 29 Nov 2011 pada pukul 10:27pm, kami telah dikurniakan seorang puteri..wallaaaaaa...Setelah hampir 9 bulan 10 hari (due 30 Nov 2011), si dia berada di dalam kandungan ku, di bawa ke hulu dan ke hilir, maka lahirlah dia ke muka bumi ini..

Nama dia? nama tu memang dah lama set. 1 untuk perempuan, 1 untuk lelaki.. Nama puteri kesayanganku ialah Zara Afina binti Mohamad Ashary. Zara membawa maksud puteri, manakala Afina, yang memaafkan. Semoga dia menjadi seindah nama yang diberi. saling memaafkan sesama insan..

Entry kali ini hanya untuk memperkenal puteri kesayangan kami..next entry akan ku ceritakan pengalaman sewaktu nak bersalin dan juga berpantang..pheww!! bawa2 bersabar ye.. :)

1 day old - mata macam ikut mak nya kan! sepet.. tapi sekarang tidak lagi..bulat sudah matanya...

1 day old - buuweekk!! :P

4 days old - ni special dari auntie ashikin abdullah. comel kan??? tentulah.. anak sape la katakan..kekeke

ok ok!! itu saja buat tatapan semua..next entry ada banyak lagi gambar zara..sampai bertemu lagi ya kawan2!! :)

Promotion: kalau ada sape yang nak mendapatkan khidmat photographer terhebat, sila la layari http://ashikinabdullah.com. fyi, saya takde amik komisen ke apa ya! saya hanya mempromosikan hasil kerja kawan saja! beliau juga berpengalaman shoot gambar artis!! apa lagi korang?! tak caya g la tengok website dia..sharing is sexy caring!! :)

[new update: kalau nak tengok koleksi gambar zara yang di shoot oleh ashikin abdullah, ni link dia. http://ashikinabdullah.com/blog/?p=276]


adios amigos

August 15, 2011

saat 6 bulan

salam...........

phewitttt....sungguh lama tak update blog kesayangan ni...pada yang sedia maklum, sejak bertukar tempat kerja ni, bebanan kerja bertambah 100%...bila balik keje dah penat..bila dah penat, tido...bila dah tido, macam mana nak menaip ye tak??? Jangan kan nak menaip blog, nak upload picture save dalam notebook pun malas..phone pun dah semacam slow ibarat kura-kura berjalan melintasi Gunung Sahara...alololo, kesian teleponku....

alamak, saya baru perasan ada orang meninggalkan pertanyaan berkenaan tambang teksi ke Bandung...maaf la wahai si cantik storage, tuan umah ni terlampau bizi nak mengakses blog kesayangannya...jawapan bagi pertanyaan itu, yes..harga teksi tu untuk sebuah teksi dan seperjalanan.... :)

back to our business,ewah..

last entry ada mentioned yang ada latest update dr saya kan?? mari dekat-dekat sikit...jauh2, nanti x dapat plak apa yang nak disampaikan... :P

bagi yang mempunyai akses untuk mengintai facebook saya, oppps facebook suami dan saya, mesti dah tau perkembangan terbaru kami...kami sekarang sedang meniti masa kelahiran buah hati-pengarang jantung-pengikat cinta kami berdua....Alhamdulillah, kandungan saya telah pun berusia 6 bulan...lusa, kami akan berjumpa dengan buah hati-pengarang jantung-pengikat cinta kami..tak sabar rasanya..... :)

macam2 pengalaman mengandungkan anak kami ni..tapi saat2 manis bila dapat rasa silat gayung-silat cekak-silat pengantin dan segala jenis silat la dari dalam perut ni...kadang2 rasa geli, kadang2 rasa sakit tapi itulah yang membuatkan kami seronok..en.hasben plak setiap hujung minggu, mesti nak letak kepala atas perut..dia borak2 dengan baby dia..bila nanti baby nya menjawab dengan memberikan side kick, geli plak dia...

sebagaimana pasangan lain, kitaorang pun tak lepas dari bershopping untuk baby...en.hasben paling excited bershopping...stoking baby je lebih dari 20pasang..siap dengan kasut baby dah beli..asal comel je masuk bakul....en.hasben pun dah belikan saya breast pump..senang nanti bila dah start keje..sebabnya memang berangan nak bagi baby susu paling berkhasiat di dunia sampai dia 2 tahun...Insya Allah kalau ada rezeki kami dan baby... :)

nama baby pun kitaorang dah pilih...1 untuk lelaki, 1 untuk perempuan..tapi takmo la reveal kat sini.. tak surprise la nanti...tunggu bila saat dan ketikanya sampai...

ok lah, penat plak menaip sambil bersila ni...perut dah makin besar, sume tak selesa...lagipun nak baring cepat, nak main2 dengan baby...

sampai berjumpa lagi....



comelkan dia.....


note: en.hasben tetiba merajuk sabtu lepas..dia ckp saya asyik dengan baby je...tido pun dengan baby...waaaaaaa...belum apa2 dah merajuk...caner bila dah ada baby nanti...klau 2 2 merajuk, alamatnya saya pun nak merajuk jugak la.......................


adios amigos

May 20, 2011

new updates!!

hello hello hello.......................

waaa...sungguh tak ada masa untuk mengupdate blog..al-maklumlah, sekarang ni dah jadi pekerja OSK Investment Bank...untuk arini dah abis 2 minggu di OSK..

so far keje ok..cuma banyak keje...kadang-kadang tu nak kencing pun tahan...huuuuuuuuuuuuu~~~

meeting + discussion jangan cakap la...most of the time! di tambah plak kita ni budak baru belajar..memang everything kene dapatkan confirmation dengan superior betul ke tak apa kita buat tu....fuhhhhhh~~

ohhhh...dah seminggu berumur lebih 28tahun..kira 28tahun 8hari...thank you pada semua yang wish, yang mendoakan perkara yang baik2..thank you pada en.hasben jugak...tahun ni dapat 3 hadiah dari en.hasben..tapi sume hadiah tu bukan on the day of my birthday..sume en.hasben bagi awal...paling best en.hasben hadiahkan seutas rantai emas dan loket sekali...bertambah la asset!! hehehehehe --ye saya gila asset! kwang kwang kwang....................

tq gak pada family sebab selama ni menjaga dan memelihara sampai la dh besar panjang macam ni..kene cakap besar panjang sebab saya memang besar panjang bukan besar lebar!!! :P

tq jugak pada family in law kerana bersusah payah buat makan-makan meraikan birthday saya..tapi bukan la birthday saya je diraikan...sekali dengan birthday biras Kak Sumie dan anak buah, Fifi...kitaorangnya birthday dekat-dekat tarikhnya...10,11 dan 12 may!! --nanti saya post gambar kemudian...macam tak biasa plak kan....

tq to my sis, idah hadiahkan selai baju buat kakaknya yang comel lagi menawan ni... :P


rasanya setakat ni cerita sharing is seksi charing saya ek!


Insya Allah, minggu depan saya ada updates baru... wink


adios amigos

May 5, 2011

Rindu setengah mati by D'Masiv




Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

aku rindu
setengah mati....

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu….

April 21, 2011

Pelangi


Biasanya bila hujan dah reda mesti ada pelangi..

Kenapa orang dulu-dulu tak bagi kita tuding jari kat pelangi?

kata diaorang nanti tangan kudung..

betul ke atau pun hanya mitos semata?


nampak x pelangi tu?? tu namanya pelangi petang.. beria aku snap masa dalam kereta on the way balik rumah..hehehe

adios amigos

Resepi Kek Batik

morning....

arini nak share resepi kek batik..last weekend selepas bangun dari tido di petang-petang hari, tetiba tekak nak makan kek batik...hehehehehe

resepi ni simple je dan senang nak buat plus sedap dimakan...

Bahan-bahannya ialah:-
Biskut marie 700g 
Butter 250g
Serbuk koko 1 cawan
Milo 1 cawan
Susu cair 1 tin
Susu pekat 1/2 tin
Gula 1/2 cawan - optional (kalau nak manis, letak gula)
Telur 3 biji

Cara-cara menyediakan:-
Campur butter,serbuk koko, Milo, susu cair, susu pekat dan gula di dalam periuk. untuk memudahkan sila guna periuk besar. kacau dengan api kecil sehingga semua bahan tadi sebati. tunggu sehingga mendidih. 

kemudian kacau telur di dalam mangkuk dan perlahan-lahan tuang ke dalam periuk tadi sambil di kacau. kalau tak, alamatnya telur tu masak dan berketul-ketul.
selepas siap semuanya, tuang biskut marie ke dalam periuk dan gaulkan dengan bahan tadi. agak-agak kalau masih cair, tambahkan biskut lagi. biar biskut dan coklat tadi sekata dan boleh dimampatkan.

tuang ke dalam loyang dan mampatkan bancuhan biskut tersebut.
setelah siap, sejukkan di dalam peti ais semalaman. 

note: aku tak suka kek batik yang manis sangat..jadinya tak letak gula pun dalam bancuhan aku.. :)


aku suka buat kek batik ni sebab senang..sedap je makan bila kek tu sejuk..selalunya kalau buat mesti akan bawa ke opis satu bekas..

 
sambil drive pun leh makan jugak..lol

adios amigos

April 6, 2011

berangan di siang hari


senyum je kalau kos pentadbiran dan cukai PTPTN dilupuskan
bila tiba je musim pilihanraya, macam-macam kes akan kita dengar..ada kala sesuatu kes tu agak terlampau..sampai melibatkan maruah seseorang..

tahu la kalau menang kerusi yang bertanding, kuasa tu dalam gengaman..tapi lupakah bahawa ada kuasa yang lagi besar dari manusia..buat apa bertelagah sesama sendiri..tak best tul politik ni la...

sebab tu saya bukan la rakyat Malaysia yang bertanggungjawab..sebab saya tak pernah mendaftar untuk mengundi..huahuahuahuahua

bila musim pilihanraya ni, seribu satu janji dihulur kepada rakyat..tapi tak ada ke mana-mana menteri yang bertanding berjanji akan melupuskan cukai ataupun kos-kos pentadbiran PTPTN?? maksudnya mana-mana peminjam hanya perlu membuat bayaran balik jumlah yang dipinjam tanpa ada caj tambahan..

tak ada ke???

nape tak ada???

kalau ada, saya nak mengundi sekarang juga ni!
hehehehehehe

mode: daydreaming '-'

Kota Bandung Part 3


sekian lama....
sekian lama....
sekian lama baru nak share pasal holiday kat Bandung part 3 ni..huahuahuahuahua....

ok la, tanpa membuang masa kita start karangan ini sekarang juga! lol

Udara pagi yang sejuk, penghawa dingin yang begitu dingin membuatkan kami terlajak tidur dan tidak menyenangkan perut kami dengan sarapan di bawah..kepenatan semalamnya yang buatkan kami liat-liat nak bangun..tapi memandangkan hari itu hari terakhir kami di Bandung, kami gagahkan jua untuk bangun...kami pun terus bersiap-siap dan merancang mana nak pergi dan apa yang perlu di beli..

destinasi pertama kami ialah, Cihampelas Walk...tak tahu kenapa suka sangat datang Cihampelas Walk..suasana dia nyaman, dengan cuaca yang tak panas dan kitaorang dah ada tempat yang nak dituju..dari Malaysia lagi kitaorang dah listkan Pizza Hut tempat wajib kitaorang pergi..Pizza Hut je pun..tapi apa yang menarik Pizza kat sini ialah kenikmatan dan kegebuan pizza diaorang..sedap bangat...aku ni bukan la peminat pizza tapi kitaorang peminat pizza kat Indonesia..One more thing, service memang tip top 1st class ok!! tak macam kat sini..sana setiap kali diaorang hantar hidangan kat meja, mesti diaorang akan tanya 'Ada apa-apa lagi boleh dibantu cik?' Kalau kita jawab tak ada, diaorang akan akhiri dengan 'Selamat menjamu selera. Saya ada di dalam dan sedia membantu.' Lebih kurang gitu la ayat diaorang..siap dengan tangan kat dada..punya la macam beradab..kat sini korang makan kat pizza ada ke service macam tu?? seumur hidup aku makan pizza kat sini, takde lagi la layanan macam kat sana.. lol

tengok je berapa banyak gambar kat Pizza Hut Cihampelas Walk yang sempat kitaorang snap.. :)

on the way to Cihampelas Walk, sempat singgah beli t-shirt as buah tangan..


hebat! hebat! diskon 50%!!hehehe...ada diskaun 50% setiap hari Isnin-Jumaat..promosi lunch kata kau!

muka beria makan salad..konon diet la tu..

ni en.hasben yang order..salad tadi tu konon untuk diet...piraaaahhh

sila convert sendiri..sangat murah! wa cakap lu! :)

ni saya punya! must have when in Pizza Hut!

ini gambar salad yang en.hasben order..

blue ocean nama air tu..

sungguh tak cantik mukaku! ceh

saya punya mushroom soup tadi!! nyummy

tengok la! tengok la! orang yang diet kononnnnnnn..tapi en.hasben memang dah cakap, nak g Bandung nak makan je!

selepas perut penuh di isi dengan makanan, kami pun menyambung perjalanan. seterusnya kami mencari kedai yang jual 'pise sale' atau dalam ejaan bahasa kita, 'pisang salai'..sambil jalan mata kami melilau cari kedai Odjolali.. kedai ni memang ada jual kerepek-kerepek, pisang salai, dodol dan macam-macam lagi..ini pun tante yang recommend.

kakek tu tengah goreng tempe..sedap tau tempe goreng! mesti beli buat buah tangan untuk family..boleh buat makan kudap-kudap masa menonton tv di petang-petang hari.. --> apron pun ada tulis nama kedai..


kat Odjolali ni kitaorang beli macam-macam kerepek..pisang, tempe, dodol..tapi semuanya yang lain-lain perasa..ada pisang salai coklat jugak! bila waktu pembayaran, cashier tu tanya nak packing dalam plastik ke kotak..kitaorang mintak dia packing dalam kotak dan minta diaorang hantarkan ke hotel kami..free ok!! no delivery charges!

fyi, kedai Odjolali ni kat sepanjang Jalan Cihampelas..

ok selesai pembelian buah tangan untuk sanak saudara, kami pun menuju ke destinasi impian kami..eh bukan kami..tapi aku..destinasi impianku!! Factory Outlets!!! huahuahuahuahua

Kami naik angkutan ke Jalan Riau..tante bilang factory outlets kat sini lagi murah barang-barang dia..choice pun boleh tahan..tapi memang murah bila aku comparekan dengan harga kat F.O lain..ada jugak beza sampai IDR20000.. banyak jugak kan bezanya...kat sini sibuk bershopping sampai takde sekeping gambar pun kitaorang snap.. :p

abis shopping kat f.o, kitaorang pergi Pasar Baru lagi..untuk jumpa tante dan om..takut pulak nanti esoknya tak sempat jumpa (memang tak sempat jumpa pun)..tapi kami tak dapat jumpa tante sebab tante tak datang kedai aritu..ada sedara dia datang kat rumah..kitaorang tumpang hasil shopping pastu kitaorang pergi ke Jalan Cibadak..kat sepanjang Jalan Cibadak ni, ada banyak souvenir..tapi kitaorang nak cari fridge magnet.tak jumpa pulak..masa cari boleh plak tak jumpa..kalau tak cari ada je..haihh

kami pun patah balik ke Pasar Baru..kami g makan kat foodcourt kat tingkat atas..kedai yang biasa kitaorang makan..tapi kali ni, kami berdua je..Odhe anak om dan tante takde arini sebab bersekolah..mamat kedai tu pun dah baik dengan kitaorang dan masih cam kitaorang lagi..sebab 1st time ke Bandung dulu, kami makan kat kedai sama jugak..tak sangka la budak tu masih ingat kitaorang..terasa famous pulakk... uweeekkk

selesai makan, kami amik kesempatan pusing-pusing kat dalam pasar baru sementara tunggu om tutup kedai..
balik tu om bawa kami singgah kedai Kartika Sari dan Amanda..sempat la aku beli 2 3 kotak brownies kukus dan bakar untuk rasa..dapat beli 2 3 kotak je..nak beli lebih duit dah tak cukup..huhuhuhuhu

sampai je kat hotel, kitaorang pun salam-salam dengan om..terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong kitaorang selama kat sana..dengan bawa g makan, g jalan-jalan...

tak habis sampai situ je aktiviti kitaorang..malam tu sempat lagi jalan-jalan kat Cihampelas Walk lagi!! hahahahaha..ala, 10minit jalan kaki dari hotel..en.hasben sempat beli kenang-kenangan untuk diri dia sendiri..then, kitaorang saja lepak makan-makan kat cafe house sana..tapi nak cakap la kan, kentang goreng kat sana lagi sedap dari McDonalds nya kentang goreng..dengan garing pastu cecah pulak sos cili yang perggghh sangat sedap!!

ok yang ni paling menarik!! sila take note!

sebelah hotel kitaorang ada kedai serbaneka ala-ala 7Eleven kat Malaysia..lupa dah nama kedainya..tapi memang banyak la kat Bandung..nama pun macam 7Eleven, bukak 24hours..
nak tau apa kitaorang buat kat kedai tu??? kitaorang shopping dalam tu!! korang nak ke shopping kat 7E macam korang shopping kat Mydin?? tak kan... nak tau kenapa?? sebab harga nya sangat murah! aku siap beli syampu 2 botol, berus gigi la, apa la...macam-macam tau! Oh menarik giler! terasa rugi pulak tak singgah Giant kat sana. entah-entah siap leh beli barang rumah untuk sebulan... :p

selesai je menghabiskan duit yang dah tinggal sisa-sisa kat kedai serbaneka tu, kitaorang pun balik hotel dengan hati yang gembira..sambil jalan duk bebel-bebel harga kat sana murah..murah after korang convert duit Malaysia tau..

malam tu siap-siap dan terus tidur dengan kepenatan..tapi tak lupa untuk kunci jam sebab pagi-pagi lagi kitaorang dah kene berangkat ke Jalan Cipaganti untuk naik van dan terus ke airport Jakarta..siap mintak hotel buat morning call.. :)

en.hasben di depan hotel..

aku di depan signboard hotel..

sekian untuk kali ni..bersambung dalam bahagian akhir nanti..


note: sangat impress dengan diri sendiri sebab masih boleh mengingati aktiviti di sana dan nama-nama jalan!! wow!! sekali lagi kitaorang ke Bandung sudah pasti pass di sana!!  yeaaaahhhaaaa

adios amigos