January 11, 2012

Pengalaman bersalin anak pertama

salam...

firstly nak cakap, sayangilah ibu anda sepenuh hati!

as mentioned in previous entry, nanti saya akan share kan pengalaman bersalin saya di sini..jadi, segalanya bermula begini..keke

tanda awal - setiap ibu lain pengalamannya. macam saya, pukul 4 pg, 29 Nov 2011, ada terasa sakit perut sikit-sikit. saya tak berapa risau sebab due 30 Nov. Kalau dah start sakit perut, dah memang budget nak bersalin.. ;p

walaupun ada terasa sakit, saya tak kejutkan en.hasben yang kebetulan ada di sisi. saya biarkan dia tido sebab pagi tu dia akan bertolak ke Kuantan. Pas ada rasa sakit tu terus tak boleh tido sampai ke sudah. saya gi ke bilik air untuk kencing tapi takde tanda2 lain yang keluar. kebetulan masa tu dah subuh, mak mertua tanya kenapa. saya jawab la sakit perut. mak pun cakap dah nak bersalin la tu. dia bagi saya sebotol air zam-zam. dia suruh selawat dan minum air tu..air selusuh yang ada dalam bilik pun dia suruh selawat dan minum.

sakit perut tu kejap ada kejap takde sampai ke tengah hari. jadi pagi tu saya tak pergi keje sebab fikir nak g klinik. tapi pagi tu en.hasben nak g HQ dia dulu. jadi saya ikut dia g ke HQ then saya tunggu dalam kete. motif buat macam tu, en.hasben kata kalau saya dah nak bersalin nanti senang dia terus antar je g hospital. sempat la breakfast nasi lemak,donut ngan air kopi..rasanya breakfast pagi tu je abis RM20.kekeke..mahal?? saya makan kat hotel..muahahahaha.. HQ opis en.hasben kat hotel..apa lagi kan.. ;p

dah abis urusan en.hasben, kitaorang pun g klinik private yang tiap2 bulan buat check up kat situ. doctor tengok due nya esok. jadi untuk memastikan betul ke tidak dah nak bersalin, doctor tu seluk la kat tutt...dia cakap dah bukak 2cm. dia arah terus masuk ward. Disebabkan takut tak cukup duit kalau tetiba kene operate, kitaorg refused masuk ward kat situ. kitaorang terus terang la kat doctor. walaupun doctor cakap Insya Allah bersalin normal, tapi kami takmo amik risiko.. lebih 5ribu ooooo kalau operate..

Lepas bayar bil check up, saya balik rumah dulu. mandi-mandi, cuci rambut, shave apa yang patut..pastu makan telur separuh masak 2 biji dengan air kopi pekat2..tu petua orang dulu2, konon nak bagi senang bersalin..dah siap semua, kami pun gi la spital kerajaan..

sampai spital kerajaan, doctor check memang dah bukak 2cm. tapi diaorg buat ecg baby dulu..tapi malangnya ecg baby tak normal..haih..adalah dalam sejam buat ecg tu. sampai lastnya doctor pakar tu datang check pastu dia tengok masih 2cm. dan sekali lagi tutt kene seluk dengan doctor pakar tu..katanya nak bukak jalan..yang ni serius sakit! Pas kene seluk tu baru ecg baby ok! pastu masuk bilik doctor pulak untuk scan perut. doctor cakap ni confirm perempuan. berat dalam 3kg. lega sket sebab takde la berat sangat baby..takut kalau berat susah nak teran..kekeke

dah selesai semua, kene masuk ward. dalam pukul 4ptg masuk ward dengan bukaan 3cm. Pukul 7mlm masih 3cm. kan awal tadi saya mentioned saya minum air zam-zam. kebetulan masa kat ward tu saya bawa botol air zam-zam tu. nurse bukak tudung botol tu dan biarkan terbuka. masa ni memang dah start sakit..memulas2..dan ada keluar darah masa saya kencing..

dari pukul 7mlm sampai pukul 8mlm tu memang sakit yang teramat-amat sangat..saya duk ulang2 'Ya Allah, sakitnya Ya Allah'..perut mengeras dan memulas..saya panggil nurse saya cakap saya memang tak tahan sangat sakitnya. dia bawa gi check dah bukak berapa cm. tapi masih 3cm. nurse tu amik botol air zam-zam tadi dan potong botol tu separuh. dia cakap biar senang bukak jalan.. dan saya mintak pain killer. doctor pakar yang seluk saya tadi bagi 1 dos suntikan kat bontot..pain killer ni buat kita tido tapi dalam kita tido tu, kita masih rasa sakitnya..

tetiba saya terasa macam nak terkeluar sesuatu dari celah peha masa tengah tido tu. saya picit loceng banyak kali. nurse check2 dah bukak 7cm. terus dia tolak masuk labor room..saya pun terus call en.hasben bagi tahu saya dah masuk labor room.

masuk je labor room, midwife tu check dah bukak 9cm. terus dia ajar camner nak teran. dia cakap kepala baby dah nampak. cara teran tu macam ni, amik nafas, teran macam nak berak keras, angkat badan dan tengok perut. en.hasben pun sampai dan berdiri kat sebelah bagi semangat kat saya sambil memegang tangan saya. bidan bilang 1,2,3 saya pun teran. teran yang 3,4 kali memula tu salah. tapi saya cuba jugak dengan bantuan midwife dan nurse kat situ..ramai gak la..ada dalam 6orang..mcm ada party.. ;p

teran punya teran terasa tap! kene gunting tapi tak rasa sakit..dengar je..tapi kepala dah tak fikir lain dah kecuali nak keluarkan anak tu je. takut anak lemas..tak pasal kene vakum. tak pun silap haribulan operate plak..setelah beberapa kali, berjaya gak! lepas bidan gunting tali pusat, sorang nurse angkat baby dan tanya kat saya baby laki ke perempuan. saya jawab perempuan, pastu nurse tu bawa g bersihkan baby.

saya plak, dah terlentang kat situ dengan kaki terkangkang lagi! huhh!! tak de rasa malu dah time tu! berserah je..masa tu sejuknya sampai mengigil2. saya sempat bagi tahu bidan saya sejuk. dia cakap itu normal. bidan tu tengah keluarkan uri dan check ada sisa-sisa tertinggal kat dalam. saya rasa macam tangan dia masuk dengan selamba je dalam tutt tu..lepas dah pasti takde sisa, bidan tu jahit plak tempat yang dah kene gunting tadi..selesai semua, dia bagi air kosong secawan..en.hasben dah g uruskan apa yang patut.

itulah pengalaman bersalin saya. sampai sekarang saya tak tahu kenapa botol air zam-zam tu dipotong. tapi Alhamdulillah, lepas nurse tu potong separuh botol tu yang dari pukul 8mlm-10mlm, dari bukak 3cm dah bukak 9cm. saya bersalin 10.27mlm. ohhh lupa pulak, selepas nurse tu potong separuh botol air zam-zam tu, saya call en.hasben suruh dia bukak penutup botol air selusuh yang ada dalam kereta. significant nya, saya tak tahu..ada gak saya google tapi masih belum ada jawapan.

rasa macam panjang cerita saya ni..mesti boring kan..jom la kita tengok gambar2 zara.. :)

1 day old - macam anak jepun pun ada :)

1 months and 1 day old - sudah bulat kan??

1 months and 4 days old - so adorable!! mummy love u zara! :-*


adios amigos

1 comment:

Leena said...

Congrats sweety pie....suker mata sepet tuh tapi dah bulat lah plak hehehe.