kali ini nak berkongsi tips/plan untuk bercuti ke negara matahari terbit, Jepun..actually dah lama pergi tapi baru ada masa nak update disebabkan kekangan masa..dari masa kami pergi kene apply visa sampai sekarang ni dah tak perlu apply visa..lagi mudah!! huh, kalau tau g lambat sikit.. ;p
entry ni kali ni saya akan rumuskan dalam bentuk point2 supaya senang nak buat reference.
Bismillah..
1) Sebelum berangkat, pastikan items di bawah sudah disediakan..
- tiket flight - sukati la airlines memana pun..janji sampai..saya bawa anak yang berusia setahun 5 bulan masa tu..agak menduga kesabaran bila dia rimas duduk 1 tempat je..puas jugak la saya duk bawa dia tawaf keliling seat yang ada dalam flight tu..ada tu anak saya sempat bermain cards dengan anak2 mat salleh dan mat jepun..
yang kiri bawah itu la Zara..bukan reti main pun..tapi dia nak berkawan.. :) |
- print out hotel yang telah di'booking' - ini bagi memudahkan holiday anda di sana..nanti dah sampai Jepun boleh terus ke hotel yang dibooking. takde lah kelam kabut cari hotel nanti..
- pakaian secukupnya - sila check dulu tarikh yang anda pergi tu dalam musim apa..kalau salah pakaian yang di bawa, maknanya anda bakal menambah perbelanjaan dengan membeli pakaian baru..musim yang kami pergi tu musim spring nak ke summer..jd bawa baju jaket selai dua, yang lain baju biasa kita pakai hari2 kat Malaysia..
- Kasut amat memainkan peranan penting ye! sila ingat..kalau nak berjalan2 tak kan la nak pakai heels kot kan..alamatnya terseksa la kaki anda..anda pun penat..macam kami, kami beli kasut kat Timberland..yang waterproof..sebab apa waterproof? sebab kalau ujan ke apa, takdelah kami nak kene beli kasut baru..kasut anak je lebih sikit..at least dua pasang..
- bagpack - takdenya handbag..tak yah nak melaram sangat la..org2 kat sana lg kuat melaram..hahaha
- beg susu anak - bagi yang bawa anak..sediakan biskut2 dia sekali..kang mak ayah syiok berjalan, anak kelaparan..make sure susu anak cukup untuk sepanjang masa anda di Jepun..
- baju hujan - ni kami bawa dari Malaysia..beli yang kat 7E tu je..tak digalakkan bawa payung..payung leh dapat di mana2 kat Jepun tu..pilih je mana satu yang berkenan di hati..
- toiletries - ada hotel yang sediakan semua termasuk berus gigi..tapi kami lagi suka bawa yang sendiri punya
- ubat-ubatan - yang ni wajib especially untuk anda yang ada asthma, gastrik dan yang kene makan ubat hari2..jugak untuk anak ada..sebaiknya sebelum berangkat, pergilah memana klinik dan mintak doctor bagi bekalan ubat demam, batuk, selsema, antibiotik dan etc..
- tren & subway nya map - yang dua ni serius penting sebab senang untuk refer mana nak g..kalau boleh study dulu mana nak pergi, macam mana nak pergi dan sebagainya...nanti saya ajar sikit2 mcm mana nk tengok map diaorg..
sila klik untuk gambar yang lebih besar. next tips/plan saya akan kongsikan dalam next entry..bukan apa..senang korang baca tak meleret2 panjang..
salam,
mummyZara
|
No comments:
Post a Comment