April 21, 2011

Resepi Kek Batik

morning....

arini nak share resepi kek batik..last weekend selepas bangun dari tido di petang-petang hari, tetiba tekak nak makan kek batik...hehehehehe

resepi ni simple je dan senang nak buat plus sedap dimakan...

Bahan-bahannya ialah:-
Biskut marie 700g 
Butter 250g
Serbuk koko 1 cawan
Milo 1 cawan
Susu cair 1 tin
Susu pekat 1/2 tin
Gula 1/2 cawan - optional (kalau nak manis, letak gula)
Telur 3 biji

Cara-cara menyediakan:-
Campur butter,serbuk koko, Milo, susu cair, susu pekat dan gula di dalam periuk. untuk memudahkan sila guna periuk besar. kacau dengan api kecil sehingga semua bahan tadi sebati. tunggu sehingga mendidih. 

kemudian kacau telur di dalam mangkuk dan perlahan-lahan tuang ke dalam periuk tadi sambil di kacau. kalau tak, alamatnya telur tu masak dan berketul-ketul.
selepas siap semuanya, tuang biskut marie ke dalam periuk dan gaulkan dengan bahan tadi. agak-agak kalau masih cair, tambahkan biskut lagi. biar biskut dan coklat tadi sekata dan boleh dimampatkan.

tuang ke dalam loyang dan mampatkan bancuhan biskut tersebut.
setelah siap, sejukkan di dalam peti ais semalaman. 

note: aku tak suka kek batik yang manis sangat..jadinya tak letak gula pun dalam bancuhan aku.. :)


aku suka buat kek batik ni sebab senang..sedap je makan bila kek tu sejuk..selalunya kalau buat mesti akan bawa ke opis satu bekas..

 
sambil drive pun leh makan jugak..lol

adios amigos

1 comment: