hah!!!! siapa antara korang yang pernah bersetuju nak jadi isteri boyfriend korang??? ataupun boyfriend korang ada cakap macam ni, dan korang yang perempuan plak jawap macam tu (yang di highlight kan color purple)
1. senario dibawah pokok,berhadapan tasik di Taman Tasik Titiwangsa..
"Yang,yang....I nak kawin dengan u la. U nak tak kawin dengan I?"errmmmm..sambil tersipu2 malu, tangan terkuis antara yang kanan dan kiri...."Nak...."kedengaran sayup-sayup je suara yang menjawab...kucing mengiau pun lagi kuat...
2. senario dibawah bulan purnama bersaksikan bulan dan bintang di Port Klang..
"Baby, apa kata kita kawin hujung minggu ni?? nak tak??""Ye ke darling....eiii tak sabarnya I darling..jom la kita balik cepat..I nak buat persiapan ni..esok dah Rabu, lusa Khamis, tulat Jumaat..nanti tak sempat pulak...Jom darling jom..."sambil menarik-narik tangan si darling pujaan hati...
3. senario di atas tangga di shopping complex 'De Stor'..
"Honey, hubby janji hubby akan kawin dengan honey walau macam mana pun halangan yang datang.. Honey percaya tak dengan hubby?? honey percaya tak dengan janji-janji hubby? Honey nak tak kita hidup bersama sebagai husband n wife yang sebenar?? sekarang ni kan tipu-tipu lagi..""muuuaaahhhhhh..sayaaaannnngg hubby..mesti la nak hubby..hubby sorang je hubby honey tau..tengok ni, honey tak pernah lepas peluk hubby..."
hah, kalau begitu la jawapan anda kepada pasangan anda yang bertanya soalan-soalan seperti di atas, secara hukum Islam nya, anda sudah menjadi 'TUNANGAN' kepada pasangan anda tersebut...
tapi
anda SAH bertunang jika anda tergolong dalam golongan (sah bagi syarak):
- perempuan yang waras
- perempuan yang baligh
- perempuan yang cerdik
- perempuan boleh membawa diri
TIDAK SAH pertunangan itu sekiranya:
- perempuan yang belum baligh
- perempuan yang bodoh, bengong, gila, sewel dan seantaranya
bagi golongan ini, perlu mendapat keizinan wali pihak perempuan.
Maksud pinang dalam Islam:
Pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. bila pihak perempuan bersetuju, maka jadilah dia tunangan kepada lelaki tersebut walaupun conversation itu berlaku dalam telefon atau pun secara depan-depan.
Jatuhnya hukum HARAM jika ada orang lain yang masuk meminang perempuan tersebut andai dia tau perempuan itu tunangan orang.
kalau tak percaya, sila tengok clip video ini.
cuak tak korang??? ntah2, dah berapa kali korang bertunang kan??? :P
kalau lelaki yang jenis ada 2 3 orang girlfriend dalam 1 masa tu macam mana pulak tu kalau dia cakap macam tu kat semua girlfriends dia?? jawapnya ada 2 3 orang tunang la dalam 1 masa..berani pulak nak kawin dengan semua tunang dalam 1 masa kan!! jadi, kalau ada kaum lelaki yang baca post ini, jangan pulak korang gatal cakap nak kawin dengan semua stok girlfriends yang korang ada..nak pulak yang girlfriends korang tu jenis tangkap cintan dengan lu je! confirm punya la, korang bukan nak kawin dengan semua perempuan-perempuan itu..
ada jugak kan perempuan yang ada 2 3 boyfriends..kalau dah kat semua boyfriends, kau berjanji sumpah setia dan nak jadi isteri diaorg, jawab sendiri la kat sana..
renung-renungkan!
sharing is seksi caring!
adios amigos
No comments:
Post a Comment