March 23, 2011

menarik di Krabi, Thailand


tetiba rasa rindu pulak nak pergi Krabi lagi..tu la holiday paling best bersama kawan-kawan..

mari la layan gambar-gambar..arini malas pulak nak taip-taip tapi tetap nak post something..heehehehehe

:: baru sampai airport Krabi..amik teksi ke hotel ::

:: public transport kat sana ::

:: kat Malaysia jarang nak nampak macam ni ::

:: bilik hotel kami.berbaloi-baloi.. ::

:: kiblat ::

:: di sepanjang tepi pantai..zana berposing,aku bershopping ::

:: ohh la la.... aku dan zana ::

:: darjah ketinggian lompatan bersandar dengan darjah kepadatan badan..huahuahua ::

:: GILER KENTANG!!! ::

:: one of my best buddies, miss zana. tak lama lagi mrs zana ::

:: kami tak mau naik bot laju..kami mau naik sampan panjang!!! tapi terpaksa gak naik bot laju...ishhhh.. tak adventure la speed bot! tak dapat nak mabuk laut.. ::

:: Krabi's seamark..biasanya kan kita dengar landmark..ni seamark la sebab kat laut.. ::

:: auuuwww....aku takut dan geli sebab tetiba banyak ikan datang..si zana, excited nak tangkap ikan-ikan tu..actually tak dalam pun tempat ni...cuba tengok betul-betul..leh nampak kaki kitaorang berdiri..even tempat tak dalam pun banyak ikan...colorful pulak tu...subhanallah! ::

:: aktiviti wajib di setiap check point. lompat dan lompat ::

:: bukan nak berlagak tapi aku dengan zana floating tu..ke korang rasa kitaorang tido je atas air tu?? LoL ::

:: wow!!! eh apa yang korang pandang?? ikan yg berwarna warni atau ikan yang ala-ala duyung itu ??? ::

:: kitaorang dah macam makanan ikan-ikan tu pulak...asal mana kitaorang ada, ikan-ikan tu pun ada... ::

:: this is why i miss Krabi so much..the scenary is so beautiful..the sea, the island,fish etc ::

:: end of our holiday ::







I should come back to Krabi one fine day...insya Allah...di murahkan rezeki, di panjangkan umur..

'jika ada sumur di ladang, boleh aku menumpang mandi
jika ada umur yang panjang, akan aku kembali lagi'

Krabi in memory..billion thanks to en.hasben (dulu boyfren je ;P) sebab tolong hantar dan jemput di LCCT..

note: marah tul dia sebab masa tu akunya hp guna prepaid je..before nak g lupa nak topup..so, tak dapat nak sms2, dan call2 dia..dianya missed call je dah berbakul-bakul setiap hari..sms pun sama tapi berbakul kecik la..dah landed kat LCCT baru aku sms dia..
actually saja je..nak tengok seteguh mana kasih dia kan..kata baru kenal..sila jangan marah ye en.hasben..huahuahuahua

adios amigos


Canon 1000D in my hand..yeaaahhh


phewwiiiitttttt

sebab kenapa saya sayang en.hasben saya ialah dia belikan saya camera baru..as birthday present...
wowwwiiii

ini kali ke-2 en.hasben bagi birthday present..last year dapat one set handbag dan wallet ELLE..dia sungguh memahami materialistiknya isteri dia ni..ELLE je pun bukan LV..kalau LV baru la saya ni materialistik..kan kan kan.....tahun ni pulak, camera..sebab dia cakap isteri dia ni semua benda nak shoot..even pakai camera handphone pun jadi..haih, bukan apa..gambar2 tu leh jadi bahan post kat blog ni..boring pulak reader kalau pandang tulisan je...

tapi semua hadiah yang dapat tak pernah on the birth date..semuanya awal dari tarikh..dan semuanya tak ada pembalut hadiah..bagi dengan plastik-plastik kedai tu je..nampak sangat en.hasben tak reti bab-bab gitu..

:
:
:
:

so, camera lama sudah boleh campak buang!! hahahahahaha...oo0o0o0o0o0o0o....saya memang tak mengenang jasa betul.. :P

:: gambar tali camera je pun ok ::

jadinya lepas dapat camera baru, haruslah berjalan-jalan try test camera kan...kalau tak berjalan pun, duduk rumah pun cari la bahan untuk di'shoot'...

:: with my youngest sister in black and white mode ::

:: model yang tak berapa nak model ::

:: balik rumah pun ngadap komputer ::

:: my nephew, Iman..suka sangat main air liur ::

:: ada gaya mother-to-be tak?? ohhh, Iman sangat la ngada sebab dia tak suka baring..kalau pegang dia,kene pegang macam tu..kalau baringkan dia even kat tangan pun, dia akan start merengek.. ::

:: huahuahua...mak ngah dia ajar french kiss... ::


:: my lovely lady bird and my lovely potpourri ::

:: ngantuk ye??! gaya kalau kene bangun awal macam ni la ::

:: me in Putrajaya ::

:: he is actually trying to kiss the ballon ::

:: hot air ballon in Putrajaya ::

:: me in his rayban ::

:: our niece, Hana ::

:: facebooking dalam kereta while waiting for en.hasben ::

:: ni la kerja wajib setiap minggu..hantar en.hasben kat Pekeliling. ::

actually ada banyak je lagi gambar in my disk..tapi takkan nak masukkan semua pulakss..macam poyo je walaupun terasa diri ini poyo gak la sikit-sikit... :p

next update? soon.......

adios amigos

Ubat mengantuk


entah kenapa malam ni susah pulak nak tido..

jadi aku terpaksa bagi ubat untuk mata aku ni..supaya dia mengantuk..

nah, ini ubatnya!!! ngadap pc lama-lama memang ubat mujarab untuk mata anda..tapi jangan la pulak buat benda-benda yang excited bagi diri sendiri..sudah pasti la lagi tak boleh tido...



sekarang dah boleh tido sebab mataku ini dah lebih kecik dari gambar di atas...apa lagi???
  1. sila tekan Publish Post..
  2. click Sign out link
  3. close window firefox ni...
  4. tekan start button
  5. pilih Turn Off Computer
  6. pilih Shut Down
  7. tutup lid notebook
  8. turn off switch
  9. unplug kabel
  10. tido zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

good night

    March 22, 2011

    tunang tanpa sedar


    hah!!!! siapa antara korang yang pernah bersetuju nak jadi isteri boyfriend korang??? ataupun boyfriend korang ada cakap macam ni, dan korang yang perempuan plak jawap macam tu (yang di highlight kan color purple)

    1. senario dibawah pokok,berhadapan tasik di Taman Tasik Titiwangsa..
    "Yang,yang....I nak kawin dengan u la. U nak tak kawin dengan I?"
    errmmmm..sambil tersipu2 malu, tangan terkuis antara yang kanan dan kiri....
    "Nak...."
    kedengaran sayup-sayup je suara yang menjawab...kucing mengiau pun lagi kuat...

    2. senario dibawah bulan purnama bersaksikan bulan dan bintang di Port Klang..
    "Baby, apa kata kita kawin hujung minggu ni?? nak tak??"
    "Ye ke darling....eiii tak sabarnya I darling..jom la kita balik cepat..I nak buat persiapan ni..esok dah Rabu, lusa Khamis, tulat Jumaat..nanti tak sempat pulak...Jom darling jom..."
    sambil menarik-narik tangan si darling pujaan hati...

    3. senario di atas tangga di shopping complex 'De Stor'..
    "Honey, hubby janji hubby akan kawin dengan honey walau macam mana pun halangan yang datang.. Honey percaya tak dengan hubby?? honey percaya tak dengan janji-janji hubby? Honey nak tak kita hidup bersama sebagai husband n wife yang sebenar?? sekarang ni kan tipu-tipu lagi.."
    "muuuaaahhhhhh..sayaaaannnngg hubby..mesti la nak hubby..hubby sorang je hubby honey tau..tengok ni, honey tak pernah lepas peluk hubby..."

    hah, kalau begitu la jawapan anda kepada pasangan anda yang bertanya soalan-soalan seperti di atas, secara hukum Islam nya, anda sudah menjadi 'TUNANGAN' kepada pasangan anda tersebut...

    tapi

    anda SAH bertunang jika anda tergolong dalam golongan (sah bagi syarak):
    • perempuan yang waras
    • perempuan yang baligh
    • perempuan yang cerdik
    • perempuan boleh membawa diri

    TIDAK SAH pertunangan itu sekiranya:
    • perempuan yang belum baligh
    • perempuan yang bodoh, bengong, gila, sewel dan seantaranya
    bagi golongan ini, perlu mendapat keizinan wali pihak perempuan.


    Maksud pinang dalam Islam:
    Pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. bila pihak perempuan bersetuju, maka jadilah dia tunangan kepada lelaki tersebut walaupun conversation itu berlaku dalam telefon atau pun secara depan-depan.

    Jatuhnya hukum HARAM jika ada orang lain yang masuk meminang perempuan tersebut andai dia tau perempuan itu tunangan orang.

    kalau tak percaya, sila tengok clip video ini.



    cuak tak korang??? ntah2, dah berapa kali korang bertunang kan??? :P

    kalau lelaki yang jenis ada 2 3 orang girlfriend dalam 1 masa tu macam mana pulak tu kalau dia cakap macam tu kat semua girlfriends dia?? jawapnya ada 2 3 orang tunang la dalam 1 masa..berani pulak nak kawin dengan semua tunang dalam 1 masa kan!! jadi, kalau ada kaum lelaki yang baca post ini, jangan pulak korang gatal cakap nak kawin dengan semua stok girlfriends yang korang ada..nak pulak yang girlfriends korang tu jenis tangkap cintan dengan lu je! confirm punya la, korang bukan nak kawin dengan semua perempuan-perempuan itu..

    ada jugak kan perempuan yang ada 2 3 boyfriends..kalau dah kat semua boyfriends, kau berjanji sumpah setia dan nak jadi isteri diaorg, jawab sendiri la kat sana..

    renung-renungkan!

    sharing is seksi caring!

    adios amigos

    Suami dan Janda


    wah!!

    Untung la kan!! seminggu jumpa janda! 

    Pastu plak siap bagi masa kat I bila U punya free time yang boleh I call U!!

    over ok!!! siap nak g spa bagai!!

    nak kene ke apa???

    ada pool lagi..leh basah-basahan

    kat sini rupanya..ok leh terjah!

    romantiknya view malam-malam

    tadi pool, ni air terjun plak..basah-basah lagi!


    bilik air pun cantik plak tu!

    info: sila layari http://www.cherenginhills.com/gallery.html

    note: en.hasben dan Janda Baik..nama tempat ok! bukan orang perseorangan..hehehehe
    en.hasben ada kursus seminggu kat sana..Bengkel Pemantapan Penguatkuasaan LPIPM 2011..tu la untungnya keje dengan government sector..setiap tahun ada je kursus..peningkatan itu la, peningkatan ini la..selama kenal dengan en.hasben setahun lebih ni, ini kali ke-2 dia pergi kursus..tahun lepas kursus kat Nilai..tahun ni kat Janda Baik..tahun depan tak tau kat mana pulak..tapi kursus, isteri tak leh ikut..

    cetusan hati: tunggu bila opis en.hasben nak buat family day! nanti leh ikut..opis sendiri takde family day..ohh sedeyyyy...

    adios amigos


    kembar Lisa Surihani


    Morning..sejuk tau arini..hujan dari pagi tadi..aku pun boring takde keje, jadi amik kesempatan update blog.. ;P

    seperti hari-hari minggu yang lepas, aku tonton movie Indonesia dari dvd yang kitaorg beli masa di Bandung. 1 dvd berharga Rp5,000 kalau sini dalam RM1.70 gitu...tak sampai pun RM2...kalau Malaysia 1 dvd je dah RM8..berganda-ganda....itu pun kalau beli 3 keping dapat la murah RM4 sebab promosi kat sini beli 3 RM20. tapi kalau kat Indonesia tu, aku boleh dapat 12keping dvd. sebab tu la kalau kitaorang g Indonesia, benda yang harus cari kat sana adalah dvd! huahuahuahua.. opppsss aku belum buat entry Bandung part 3..tunggguuuu

    berbalik pada movie yang aku tengok tu...aku rasa heroin citer tu macam kembar Lisa Surihani la...comel pun sama macam lisa...mari kita layan...

    yang depan tu aku cakap macam Lisa Surihani..yang belakang tu aku nampak ada iras Rozita Che Wan..
     :: ni Cik Lisa kesayangan ::
    :: Irish Bella, heroin Heart 2 Heart ::
    :: Lisa lagi ::
    :: Indah (nama watak dalam filem Heart to Heart) ::




    ke perasaan aku je?? hahahahaha....by the way, lupa plak nak bagi tahu..movie yang aku tengok tu tajuknya Heart 2 Heart..sambungan dari citer Heart.. 

    ok la, tu je untuk kali ini...

    adios amigos

    March 17, 2011

    tak ada mood nak update blog


    dah lama rasanya blog ni takde cerita-cerita baru..bukan apa..takde mood pulak nk cerita apa-apa..pelbagai masalah melanda...

    kerja oh kerja..bagi yang tak tahu, company yang aku bekerja sekarang ni, nak downsizing people..ada 3 group dalam office sekarang ni..
    • retrench
    • outsource
    • stay
    bagi yang stay alhamdulillah..even stay pun tapi tak sama..sebabnya pejabat juga akan berubah..new office will be at Solaris Mont Kiara..tempat yang boleh memakan belanja tinggi..

    bagi yang retrench,sedih sangat la..tak pasal je..tak de ribut tak de taufan dan juga tak de tsunami, kene cari keje baru..

    bagi yang outsource,ermmm tak tahu nak cakap apa..buat masa sekarang ni masih kabur dalam kabus..sebab masih takde confirmation yang team outsource ni berjaya diserap dalam company yang dioutsourcekan tu..takut dan cuak ada dalam diri masing-masing..

    aku tergolong dalam group yang kene outsource..disebabkan hati masih belum aman pasal kerja, aku tak update blog..even outsource pun, kitaorang masih tetap kene melalui interview..aku pun dah g interview Selasa hari tu...tapi standard la, bukan terus dapat jawapan diterima ke tak..

    jadinya, aku perlu juga mencari peluang kerja yang lain..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


    Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini..murahkan rezeki hambaMu ini..permudahkan la urusan kerjaya nya Ya Allah..

    Amin

    March 11, 2011

    e.m.o.s.i


    serius mau tido sekarang ni!!! ni semua berpunca sebab malam tadi tak boleh tido..ntah pukul berapa baru aku tido..tu pun maybe sebab dah letih sangat..malam tadi tak tau kenapa aku beremosi..sedih lalu menangis... (^_^)


    dah lewat tido bangun pun lewat la jugak..ibarat anak buah aku yang tido nya kene cukup..selagi tak cukup tido, selagi tu mata terpejam..


    cuaca suam-suam kuku pulak tu arini..menambahkan lagi darjah kepejaman mataku yang agak sepet ni.. -bukan ke memang sepet?? taknak mengaku la tu! ishhh...menyampuk pulak suara aku yang lagi satu ni..


    nasi lemak dah abis sebungkus aku balun..lapar punya pasal..ini pun ada lagi karipap 2 biji..tunggu masa je nak dilahap...sape kata aku tak makan?? makan tau!! tapi badan memang takmo naik..maintain atau turun je.. -elleehh...korang jeles la tu kan...takyah la jeles...tak best pun kurus2 ni..nanti laki peluk tak sedap mana pun..eh laki pulak, suami la Puan Suhana!!  nanti lunch turun lagi dan makan lagi...saya suka makan!! I love to eat!! ohh, rindu suapan dari suami tercinta... ohhh sedeyyyy


    mood: Boss, boleh tak saya nak tido?? ngantuk sangat ni..tak boleh tahan......tak cukup tido + cuaca sejuk + nasi lemak = mata terpejam....
    zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


    adiosss..amigos...

    March 10, 2011

    Selamat Hari Wanita

    Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia...even terlambat 2 hari untuk wish disebabkan kesihatan yang tak berapa nak memuaskan... :)

    Di samping ucapan tu, aku nak share sini beberapa lagu nasyid yang menyanjung perjuangan wanita-wanita pada zaman Rasulullah s.a.w (haippp sila jawab dulu sallallahu alaihi wasallam)..

    dalam banyak2 lagu ni aku sangat suka lagu Sumayyah..terbayang kedaifan dan kelemahan perempuan pada zaman tersebut..tetapi bagi Sumayyah itu semua tak jadi halangan..dia masih berdiri dan masih berpegang pada kekuatan Islam..betapa tingginya iman beliau..bagi yang tidak tahu beliau adalah wanita pertama yang syahid di jalan Allah.. -cita-citaku: I wish to see her in the next world..

    Summayah merupakan wanita yang terawal memeluk agama Islam walaupun beliau merupakan hamba adbi dari keturunan kulit hitam..beliau berkahwin dengan Yasir dan dikurniakan anak bernama Ammar bin Yasir..Mereka sekeluarga ditangkap dan diseksa oleh Abu Jahal.. ishhhh jahat betul Abu Jahal tu..

    antara seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal terhadap keluarga Summayah ialah:
    • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
    • Rumah mereka dibakar
    • Dicucuk dengan besi panas
    • Ditikam dengan lembing  
    • Dicungkil biji mata
    • Dibenam ke dalam air
    adoiiii....tak dapat nak bayangkan kalau kita berada ditempat Summayah..

    ok la..kalau nak baca lebih lanjut berkenaan Summayah, sila layari wiki ini.. 

    Jom kita layan lagu2 nasyid yang menyanjung tinggi perjuangan wanita-wanita sempena Hari Wanita Sedunia!! -rasanya takde sape yang layak jadi wanita tertinggi di zaman sekarang ni!










    March 7, 2011

    petang yang lapar....


    haih...apsal la rasa lapar sangat petang ni???? tadi lupa plak nak turun g beli sarapan petang..tengok2 jam dah pukul 5pm..alamatnya sure la kuih2 kat bawah dah abis..


    dengan muka tak malu, aku g pantry pastu amik tempe goreng yang aku belikan untuk budak2 opis ni.. lantak la kan tak malu pun... lapar sangat ni..tak leh tahan...


    ada lagi setengah jam untuk kuar dari opis ni..ada lagi sejam setengah untuk sampai kat rumah dan membedal nasi...waaaaaaaaaaaaaaaa
    camner ni????? 
    bila saya sudah mula lapar..asyik asyik lapar..lapar je asyik asyik...


    Kota Bandung Part 2


    Nama Bandung berasal dari perkataan Bendung yang mana kota Bandung ni berbentuk seperti telaga. yang terjadi akibat terbendungnya sungai Citarum oleh lava Gunung Takuban Perahu. Bandung ni dulu juga dikenali sebagai Paris Van Java dan merupakan kota yang teraman di dunia berdasarkan survey majalah Time 1990.

    Day 2
    Kota Bandung, Jawa Barat Indonesia

    Semua orang tahu yang Bandung memang terkenal dengan pusat membeli belah..dengan adanya banyak shopping mall dan juga factory outlets.jadinya kedatangan aku ke sana adalah untuk bershopping jugak! dan juga makan2...sebab aku rindukan pisang bakar with cheese tu..hehe.

    ok, we started our 2nd day with breakfast in hotel..menu tak banyak pun kat sini..ada cuma roti yang boleh nak toast atau pun tak..jem ada strawberry, marjerin dan peanut butter je..selain roti ada bubur kacang, nasi goreng dan telur mata..since tak banyak choice aku cuma makan bubur kacang dan roti 2 keping..en.hasben pulak makan nasi goreng dengan telur mata..kalau biasa nya g hotel2 kat Malaysia,banyak tul pilihan breakfast...even masa last year g Krabi pun banyak pilihan breakfast yang dihidangkan..sini + breakfast = bor____ring~


    sambil makan kami pun bersantai dengan menonton siaran tv kat sana..sangat best sebab diaorang duk tengok Upin Ipin..bangga sekejap! hahahaha...


    selepas kenyang makan dan tengok Upin Ipin, kitaorang pun start la berjalan kaki sepanjang Jalan Cihampelas..banyak kedai2 menarik di sepanjang jalan tapi kitaorang takde plan untuk bershopping lagi pagi tu..kat sana kene berhati-hati sikit sebab ramai penjual2 yang berusaha untuk meng'offer' kita untuk beli barangan yang dijual...biasanya penjual2 yang berjalan kaki sambil membawa barang jualan mereka..kita kene pandai tolak tawaran diaorang..

    ada tu konon offer harga murah dan yang paling murah la diaorg bagi untuk kita tapi sebenarnya tak murah mana pun..cuba jalan lagi dan confirm akan ada yang menawarkan juga barangan yang sama tapi dengan harga yang lagi murah..

    peringatan di sini, jangan terus beli barang yang ditawarkan walaupun kita rasa barang tu dah cukup murah bagi kita..kita kene survey lagi dari tempat2 lain..

    apa yang menarik di sepanjang Jalan Cihampelas tu adalah factory outlets diaorang..sana factory outlets siap ada lambang superhero tersendiri..ada superman la,spiderman la, king kong la..pandai la untuk attact people to singgah kat kedai mereka.. :)

    :: spiderman di bandung ::

    :: berlatar belakangkan Aladin ::

    :: me in Jl.Cihampelas ::

    harga kat factory outlets sini agak berbeza dari outlets di Jalan Dago dan Jalan Riau..sepanjang berada kat sana, factory outlets kat Jalan Riau lagi murah..
    kat sini pun ada shopping mall..tak silap ada 2 @ 3 mall kat sini..tapi kitaorang cuma g Cihampelas Walk je..banyak restoran2 di sini..KFC,Pizza,Wendy,JCo donuts dan lain2 lagi..the 1st day kitaorang makan kat JCo Donuts..since tadi nya breakfast kat hotel yang ala-ala je..hehehe

    :: pemandangan di Cihampelas Walk ::
     
    en.hasben order set yang couple ngn dia beli mug as cenderamata..murah je tau..set couple tu ada 2 air (suka korang la nak pilih air apa tapi kitaorang amik cappucino ice blended), 2 donuts yang biasa, 1 set baby donuts (24pieces),1 yogurt dan set mug. semua tu dengan harga Rp145,000..kalau convert duit Malaysia RM50..kat Malaysia mana dapat harga macam tu..

    :: our lunch ::

    :: yogurt untuk en.hasben..dia cakap sedap yogurtnya..siap ada macam2 buah yang boleh dipilih..aku cuma pilih kiwi untuk dia ::


    :: baby donuts in JCo..macam2 jenis ada.. ::


    :: drinks for us and yogurt for hubby ::


    :: our mugs are inside the paperbag ::


    :: my hubby ::


    :: my hubby's wife; me ::

    :: a note atas tissue untuk en.hasben. tisunya pun menarik.. ::

    :: note untuk Ikin..teringat 1st time makan JCo..masa tu baru abis swimming kat Subang dengan Ikin dan Siti..baju swim yang disponsor oleh Siti..swimming kononnnnn... ::
     

    lepas kenyang perut sekali lagi, kitaorang pun jalan2 di dalam Cihampelas Walk tu..biasa la window shopping je..motif la nak shop dalam mall yang harga lebih kurang Malaysia je.. ;p

    :: dari sini leh nampak permandangan kota bandung ::

    :: aku, berlatar belakangkan kota bandung ::

    dah puas jalan2 dalam mall, kitaorg pun meneruskan perjalanan ke Pasar Baru dengan menaiki angkutan..aku lupa dah apa nama nya..tapi tunggu je la kat tepi jalan..ada nampak angkutan, korang tanya dulu supir dia..kalau dia kata bukan, tanya la dia angkutang yang ada jalur color apa..sure diaorang membantu! tu kelebihan kat Bandung..orang kat sana jenis membantu..tak kisah la yang duduk2 tepi jalan tu ke, pekerja2 dalam mall ke, pendek kata berbudi la orang2 bandung ni.. 

    sampai je kat Pasar Baru, terus je cari kedai Om Agoes ngn tante..nama kedai tu Kheni..berpusing gak la sekejap dalam tu..pasar baru ni je ada 7 tingkat..setiap tingkat berapa besar plak kan..dah la semua kedai ala2 lebih kurang je..telekung, kain, telekung, baju, kain, telekung, kain, baju...huhuhu...

    dah jumpa kedainya, seperti biasalah..macam sesi jejak kasih kejap..tapi takde nangis2..tanya2 khabar,tanya perkembangan terbaru..kitaorg plak bagi gambar kawin kitaorang aritu..memang ada cucikan gambar beberapa keping untuk family Om buat kenangan..en.hasben plak showed them video masa majlis perkahwinan. diaorang pun enjoy watching the video sambil tanya2 pasal adat dan budaya kita..kerajaan Malaysia leh jadikan kitaorang ni agen perlancongan untuk memperkenalkan adat dan budaya Malaysia.. ;P

    after that, en.hasben dan Om pergi mencari buah tangan untuk geng2 en.hasben..seperti biasalah buah tangan untuk budak2 lelaki ni..ROKOK! haih, dah baik hati dah belikan buah tangan tapi beli benda yang mengundang kepada kerosakkan diri..apalah en.hasben tu..tapi tak leh salahkan dia jugak kalau dah kawannya pun pesan belikan rokok.. ;p

    after awhile, aku plak ngn Odhe(anak Om dan tante) g mencari buah tangan untuk kaum2 perempuan plak..aku belikan baju batik ala2 baju kelawar untuk family aku dan en.hasben..

    untuk aku dan en.hasben,kitaorg cuma beli sepasang kain untuk buat baju kebaya dan baju melayu..konon2 untuk raya..1st time raya bersama as suami isteri..mesti macam excited sikit..padahal ganti puasa pun lum lagi.. ;p

    dah penat beli belah, kitaorg pun g makan kat atas..tapi cuma aku,en.hasben dan Odhe..om dan tante nak g church ngajar koir..Odhe pulak ikut kitaorg g balik hotel dan berjalan2 ke factory outlets..dari pasar baru ke hotel, kitaorang naik angkutan sekali lagi. 

    dah sampai hotel, kitaorang letak hasil shopping dan terus bersiap2 untuk ke Rumah Mode..outlets yang terkenal di Bandung..kat sini, kitaorang cuma beli baju untuk diri masing2 sorang sehelai, then beli buah tangan untuk anak buah.

    :: us in Rumah Mode ::

    :: us again ::


    :: dengan family Om..actually belakang tu ada patung..tapi aku tak berapa berkenan, jadinya aku edit sikit dengan hitamkan gambar patung tu.. ::

     sedang pilih2 apa yang nak dibeli, Om ngn tante pun dah sampai di situ jugak..kitaorang pun cepat2 bayar sebab takmo bagi orang menunggu..si Odhe sangat baik hati temankan kitaorang shopping..

    after shopping,kitaorang g dinner..malam ni om ngn tante bawa kitaorang g makan di restoran BMC dalam Paris Van Java shopping mall..sini ala2 midvalley la..restoran2 plak macam kat KLCC tu..yang tepi2 jalan, yang boleh cuci2 mata..hehehe

    om ngn tante makan nasi liwet..aku dan en.hasben dah gelak2 dulu masa tengok senarai menu tu..tetiba macam kelakar je bunyi nya sebab kat Malaysia kalau sebut liwat boleh mengundang padah..silap-silap kene tahan dengan ISA..hahaha

    :: inilah dia nasi liwet..tapi sebutannya liwat ::

    :: ini plak nasi bakar ikan asin with ayam goreng..nasi tu dibakar dalam daun pisang,dalam dia ada ikan masin yang dipotong kecil2 dan ikan bilis yang kecik2 tu. en.hasben punya santapan ::

    :: ni aku nya santapan..aku jenis playsafe..takut nak makan nasi yang tak biasa..takut tak kene dengan tekak..kat Bandung nya fries sgt sedap..sos cili sana pun sedap..pedas tapi tetap ada rasa nak lagi cecah sos cili tu..fries ngn sos cili sedap tu bukan kat kedai ni je tapi kat mana2 restoran kat Bandung..kitaorang dah try kat kedai lain pun sedap jugak! ::

    after makan, kitaorang pun terus balik ke hotel dengan dihantari oleh Om..
    balik hotel terus on tv, tukar baju then zzzzzzzzzzz,tido!!!

    esoknya punya citer, next post ok! 



    Info from:
    http://id.wikipedia.org/wiki/Kota_Bandung