February 23, 2011

IPower ....

something not good is happen now....

waaaaaaa...................

IPower nak down size people in the company....

waaaaaaaaaa..........sedihnya....

IPowerian will be lesser....

status of mine?? --> will update next week...I'll update once i get the confirmation from management.....

ada isi ke belum?


Jodoh, ajal maut, rezeki, semua di tangan tuhan yakni Allah s.w.t. Sebagai umatNya, kita harus berdoa yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, dan sahabat handai serta sekalian mukmin. 

Aku pasti semua orang pasti mendapat soalan-soalan standard bila tamatnya persekolahan di tingkatan 5. soalan-soalan lazim yang biasa kita dengar antaranya ialah dah abis belajar dah? Kalau jawapannya ya, mesti ada next question. Dah kerja? if yes, sila la bersedia untuk soalan lain. Bila nak kawin? kalau dah kawin, mesti tanya lagi, dah ada anak ke belum? atau bagi yang baru berkahwin, dah ada isi ke belum?

aduiii.....bagi pasangan yang baru berkahwin macam kami ni,rasanya dah ramai tanya soalan yang last tu, dah ada isi ke belum..kalau kawan-kawan rapat aku selamba je jawab..takde lagi,isi lain adalah..bahan-bahan kumbahan je yang ada dalam perut ni..dalam jawapan kasar, takde lagi..taik je ada ni..tapi kalau orang-orang yang rasanya tak boleh terima gurauan kasar, aku jawab dengan sopan la..belum ada rezeki lagi..jawapan standard bagi semua pasangan yang belum dikurniakan rezeki Allah untuk mendapat cahayamata..

tapi aku tak tahu kenapa ada sesetengah manusia ni, bila diri tu dah lengkap ada isteri, ada suami, dan ada cahayamata mula la ada rasa bangga dan riak dalam diri mereka-mereka itu..paling tension bila aku bagi jawapan sopan a.k.a jawapan standard belum ada rezeki lagi, diaorg laju je berlagak..dey tambi minachi, tak perlu la berlagak! aku tau la kau dah ada one happy family..ni boleh plak, konon-kononnya kalau baru kahwin pastu cepat je ada rezeki dapat anak, nak cakap diri dia dan pasangan dia tu power..apa??? ingat kalau cepat dapat anak tu power sangat la? kalau lambat dapat anak tu tak power la?? mana punya ajaran la....

ikut apa yang aku belajar masa dalam kelas pendidikan Islam dulu la kan, semua anak anugerah Allah, rezeki yang Allah bagi. lambat atau cepatnya pasangan tu dapat anak, semua kerja Allah. kalau la semua manusia dalam dunia ni lepas kawin sebulan dua je terus ada anak, memang tak de la klinik fertility, klinik sakit puan, atau klinik sakit tuan kat dalam dunia ni. bagi orang yang mentalitinya cetek tu, korang percaya tak hukum alam? adanya siang malam, pasang surut, untung rugi..

paling tak boleh blah, nak samakan dengan orang lain yang belum ada rezeki lagi..apa tak terfikir ke apa perasaan orang tu bila korang bagi ayat-ayat menyakitkan hati..ingat dia tak de perasaan ke nak ada anak? watdehek!! 

aku tak kisah pun orang nak tanya kitaorg laki bini ni dah ada isi ke belum...nampak la korang concern pasal kitaorg yang tak berapa nak famous ni..hahaha..

tapi paling respect bila ada orang mendoakan kami balik..bila kitaorg jawab belum ada rezeki lagi, korang kata Insya Allah ada la tu rezeki nanti..sejuk kitaorg dengar..tak pun korang kata takpe, cuba lagi..usaha tangga kejayaan..tu pun kitaorg suka nak dengar sebab suka bila berusaha..hahahaha

tapi kalau dah bila kitaorg jwb elok-elok tapi korang plak buat ayat yang menyakitkan hati, memang laju la dapat F word dari hati dan akal aku yang tak terkeluar ke mulut..dari aku tau bukan dari en.hasben..kalau en.hasben dengan kawan-kawan dia, selamba je dia sound direct..tak pasal kene maki..tapi tak nak kene maki, bila bercakap tu pun kene la jaga tatasusila..jaga perasaan orang yang tengah kita bercakap tu..orang tu pun ada hati perasaan..

note: teringat masa sibuk-sibuk nak kenduri kawin awal december tahun lepas, ada la seorang kawan ni cakap..kau kawin dulu, pastu dapatkan anak dulu sorang..baru tau korang power ke tak power. tengok macam kitaorang ni, dah terbukti power..pastu gelak-gelak jahat..memang orang mcam ni aku laju je la kan bagi f word..heheeheheheehehe

February 22, 2011

Percaya ke kat pasangan anda??

manusia kadang-kadang lupa yang dalam dunia ni banyak benda yg possible..kalau rasa benda tu imposibble to happen pun leh jadi possible tau..

ada segelintir pulak tak ada rasa percaya dengan orang lain melainkan orang yang dia sayang je..contohnya bf gf, tunang, suami isteri..masa bersayang-sayang tak nak langsung percaya dengan orang lain..bukan la maksud nya kita kene percaya orang lain 100%. tapi apa yang disampaikan tu, lebih baik kita selidik dahulu. tak de la nanti diri sendiri yang frust menonggeng tertonggeng..

ini la masalah besar segelintir kaum hawa.. jangan la bila ada orang sampaikan apa2 cerita tak elok pasal pasangan kita, kita terus tak percaya ataupun terus percaya..salah tu! sebaik-baiknya kita selidik dulu..

kalau jenis perempuan yang bahalol lagi la tolol,laju je pergi tanya kat pasangan dia..dapat pulak lelaki yang jenis buaya darat yang kulit dia setebal tingginya menara KLCC..memang confirm kene tipu hidup-hidup..pastu esok lusa confirm pasangan dia tu cari idea lain supaya perangai dia tak terkantoi lagi..pastu nanti perempuan tu yang kene marah secara percuma..bagi 1 percuma 1..confirm punya la lelaki tu akan cakap, 'jgn percaya cakap org lain! I ni bf,tunang,suami U atau orang lain??'. hah, kan dah dapat! dan perempuan tu sampai bila-bila pun kene tipu hidup-hidup kalau memanjang je percaya si pasangan yang berhidung belang ala-ala zebra tu..pastu dah tak boleh kawan dengan informer tu..sebab pasangan dia marah! marah bukan sebab apa, sebab rahsia terbongkar je..cettt!! podahh!!!

kalau yang jenis percaya sangat cakap-cakap orang lain pun susah jugak..mana tau ada orang dengki dengan hidup kita..memang sengaja la orang tu mencari idea untuk menyusahkan hidup kita..saja nak tengok hidup kita dan pasangan bergaduh dan akhirnya membawa kepada perpisahan..confirm orang yang buat cerita tu bertepuk tangan! yeahh, aku menang!! kan kan??

tapi kalau ada apa-apa yang diceritakan, kita selidik betul-betul. macam Kak Engku cakap pagi-pagi dalam radio sinar.fm, 'bertindak atas maklumat!'..tu baru betul!! nak pulak kalau lelaki tu memang ada sejarah lama yang tak pernah cukup sorang perempuan dalam hidup dia..eh, dua orang perempuan! Ibu dia dan juga pasangan hidup dia.. kalau dah ada 3,4,5 orang dalam hidup dia, memang kene pantau la..jangan nanti bila dah jadi kudis baru nak rawat..susah nanti!! kos ubat pun tinggi..silap-silap kene pergi buat treatment yang lebih besar kos nya...

well, kalau dah terbukti bersalah ataupun tidak pasangan selepas siasatan dijalankan, terpulang pada individu tersebut untuk membuat keputusan..kalau terbukti tak bersalah, sila pergi ke pasar dengan segera dan beli la bahan-bahan masakan kegemaran pasangan anda dan masak untuk si dia! ataupun bagi yang sudah berkahwin,sila la ke kedai lingerie yang terdekat..pilih la color mana-mana yang menarik dan tertarik..hehe

tapi kalau dah terbukti pasangan melakukan kesilapan, dan tetap nak teruskan perhubungan..tu sukati la! sendiri yang cari penyakit, sendiri yang sakit! jangan sampai nanti tetiba nak bunuh diri pulak sebab tak tahan hidup dengan manusia yang berlidah cabang macam ular! ular apa? ular sawa...sawa ke??


p/s: sila percaya pasangan anda 100%!! <--sukati nak rasa ini nasihat atau perli.. ;p

February 21, 2011

cheese cake yang bertukar nama kepada "cis, bedebah!"

As Salam...


and very good morning..


salam sejahtera....


arini enggak ada mood untuk update blog... bor------ring

layan je la gambar cheese cake yang tak jadi ni...

ye memang buruk rupanya!

rasa dia pun tak berapa nak best sebab tekstur kek nya tak berapa nak lembut...dah la beria campur oreo bagai..




ok! tu je nak share..

adios

February 18, 2011

aktiviti malam II

tajuk lagu: Hanya Padamu by Qiara

Post ni sambungan dari post yang sebelum ni yang bertajuk Aktiviti Malam. Kali ni en.hasben menghiburkan kita dengan lagu jiwang....cuba tengok gaya lenggok dia nyanyi..jiwang kan?? muka ganas, dalam hati ada taman bunga...segala bunga ada..bunga ros, bunga kekwa, bunga raya, bunga tahi ayam..sume la ada..LoL

yang bawah ni sambungan dr verse yang pertama dalam video sebelumnya...



p/s to en.hasben: I love u so much...dunia akhirat...

note: semua post di dalam blog ini adalah milik peribadi saya..agar dengan adanya blog ini boleh memberi kenangan pada kami sekeluarga..mana tahu, adanya rezeki Allah kami dikurniakan zuriat. Boleh la zuriat kami nanti mengetahui serba sedikit aktiviti yang telah parents dia lakukan sewaktu di zaman muda mudi..Amin..

salam

February 17, 2011

YM Detector..


How to trace our love ones, frens, and familys’ YM status?

Below are the steps you can follow:

Click to this link. This page will be loaded.
note: also can move your cursor to the hyperlink and right click.then choose Open Link in New Window or Open Link in New Tab . This will make it easier for you to refer to the next steps. ;)


Type the person’s YM ID under ‘Type ID here!’.

Click the magnifier icon.

After a few second (depends on network connection), system will show the result. System will show the person’s status either the person is online, offline or even invisible.

Ohhh yeah! By using this detector, you also can see the person’s YM profile picture.

- mine -
- My husband's ID -


The next time, you just click the person's ID from your 'Buddy List' in your left hand side column.

Is it simple? Yes!! Simple as 1, 2, 3

What make you wait now??!
You should try it now!! Now!!
.
.
.
.

P/s:
1) Sometimes the result is not accurate. You have to try 2 or 3 times.
2) I will not be responsible if you notice something wrong or being cheated by your love ones.. huhuhuhu…

aktiviti malam

pada satu malam yang sunyi, kelihatan empat orang remaja keluar menaiki kereta menuju ke satu kawasan. Sedang unggas-unggas bernyanyi bersama, sedang nyamuk-nyamuk berkeliaran dan burung-burung lena di sarang mereka, manusia tersebut masih juga berkeliaran..

Asyik menikmati char kuew teow Malis yang famous di area Kuala Lumpur,mereka dilihat bergelak ketawa sambil menyapu keringat..walaupun waktu sudah beranjak ke tengah malam, cuaca masih juga panas..

selepas selesai menikmati makan tengah malam mereka, mereka bergegas masuk ke dalam kereta..nampaknya mahu menuju ke destinasi lain..

nampaknya tepat tekaan di dalam hati ini..mereka terus menuju ke Wangsa Maju Seksyen 4. Wangsa Walk shopping mall..apakah yang mereka lakukan di sana??? semua kedai di dalam shopping mall tersebut sudah pun tutup dan menyambung operasi perniagaan mereka pada siang harinya..apakah mereka????

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


wow!! dangdut tu!!!
tajuk lagu: kocok-kocok by Inul

hehehehehe....saja je kan konon nak bg teaser..konon je la...kalau tak berjaya tease pun lantak la...tak kisah pun... ;p

video tu menunjukkan en.hasben saya beria menyanyi lagu Inul..masa 1st time dengar dia nyanyi lagu ni, menganga besar ok mulut ni..tak sangka plak dan tak penah dengar pun lagu ni..1st time dengar lagu kocok-kocok ni masa yang en.hasben nyanyi dulu..sejak dari tu la, setiap kali karaoke mesti dia kene nyanyi lagu ni...terjatuh katil hati plak dengar dia nyanyi dangdut..hahaha

Resepi Asam Laksa

caya tak caya je semalam berjaya buat asam laksa..tunggu en.hasben bawa g MPH book cafe Subang Parade, leh tumbuh janggut kat dagu ni...nak buat camner..en.hasben balik KL weekend je..weekend la dia nk bermanja-manja dengan insan tersayang dia...nak peluk-peluk nak cium-cium...sila jangan muntah! hahahaha

ok ok..berbalik pada topik kita, asam laksa..... resepi ni aku dapat dari blog ni . tapi bagi yang malas nk click to that link atau pun yang tak nak memenuhkan browsing tab yang ada kat atas tu, aku copy paste la letak sini...

Penang Assam Laksa.....

1 kilo laksa (dicelur hingga lembut, toskan)
1 kilo ikan kembung atau sardin (rebus hingga masak, keluarkan & siat isinya separa hancur, air rebusan disimpan)

Bhn kisar
10 tangkai cili kering (buang biji, rendam dgn air panas)
10 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 hiris nipis lengkuas
Sedikit belacan

Bahan A
2 cwn air asam jawa pekat
3 keping asam keping
10 tangkai daun kesom
2 btg bunga kantan (hiris kasar)
3 btg serai (diketuk)
Air secukupnya
Garam, gula & serbuk perasa

Bahan B
Timun, bunga kantan, cili merah / cili padi, bawang besar, daun salad & nenas *(sliced & shredded)*
Sedikit petis udang (har koe), cairkan dgn sedikit air panas

Cara memasak:
Masukkan air & stok ikan ke dlm periuk, masukkan bhn kisar & bhn (A). Masak sehingga mendidih. Seterusnya masukkan isi ikan. Biarkan kuah mendidih seketika. Sesuaikan rasa. Biar merenih sebentar. Angkat & sedia dihidang.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah panas ke atasnya. Hiaskan dgn bhn B & sedikit petis udang.

Budget: lebih kurang RM20 dapat seperiuk besar kuahnya.. ;)

tapi kan, resepi ni tak sama rasanya macam kat MPH tu..aiyyakkk....kene gak ni en.hasben bawa g sana...hikhikhik..ngada kan isteri ayie ni..nak makan macam-macam mengalahkan orang mengidam.. ;p

ketika dalam proses memasak...

sebelum proses mengunyah...

menarik kan??? memang delicious pun!

hah...nak buat yang macam ni la..tapi tak jadi plak......waaaaaa..kecewa tul la..tapi rasa laksa yang aku masak semalam pun sedap..cuma tak color macam ni je la...

February 15, 2011

dia masuk lagi kedai itu!!


amboi amboi amboi!!!  
minggu ni je dah 2 kali si ketot tu masuk kedai aksesori..kali ni berpunca no plate belakang dah hilang skru nya satu..jadi bila berjalan di jalan yang tak rata, no plate tu bergoyang-goyang lalu menyebabkan adanya bunyi yang tidak enak pada telinga en.hasben..ye,telinga en.hasben je yang tak enak..aku ok je...atau adakah itu sebenarnya alasan nak tukar plate baru?? mmmmmmm...

tak dapat nak tolong hobi en.hasben ni..kereta kereta kereta..last week dia beli kereta control..tu pun sampai bertukar-tukar body kereta control dia..siap tayar kereta control pun tukar gak..ada plak tayar yang untuk drift la, yang biasa la..bukan tak penah bebel-bebel kat en.hasben..tapi nanti jawapannya lagi menyakitkan hati.."dari I layan awek awekss, lebih baik la I layan kereta"..wah wah wah...manis je jawapan tu..yang sorang pun tak terbela nak layan awek-awekss lagi..dey macha, kalau U tarak takut ini singa, U berani U buat la...tetiba nanti laku paper harian metro sebabkan pembeli tertarik dengan berita front page..'Suami dibaham singa jadian'...nnngggummmm

tapi disebabkan alasan en.hasben yang agak logik,aku layankan je...cumanya aku ada bagi 1 syarat iaitu jangan usik part enjin sudah..sebab enjin ok lagi..kang sekali usik je enjin tu memanjang la ada problemnya..bahaya tu! mengundang kepada pengeluaran wang yang banyak kalau duk asyik ngadap workshop je..semua guna duit dalam dunia ni..bukan free iye dak!

sesi penampalan huruf dan nombor..baru aku tau character tu digam di bahagian tepi-tepi je..selama ni aku ingat gamnya kat belakang huruf dan nombor..kwang kwang kwang..ok, bab kereta kene admit kebodohan diri sendiri.. lol
sesi meletakkan plate baru bagi menggantikan plate yang lama..
tadaaaa.......dari pandangan belakang..lampu tu bukan yang ori..dah kene tukar gak dengan en.hasben..


ada lagi tu dalam list en.hasben apa yang dia nak tukar..tengok je la nanti apa dia akan buat dengan si ketot merah ni...tak tahu la apa rupanya bila dah abis en.hasben menukar-nukar..ke nanti bertukar rupa menjadi toyota caldina...

front view yang telah dimodified

rear view..wow!!! kereta yang selalu membuat mata terpana bila memandangnya..

note to en.hasben: bungkus 1(satu) Caldina untuk I boleh?? satu je pun... sayang I kan?? 
LoL

p/s: dari belakang, myvi ni macam bontot katak kan...si katak ketot...hahaha






February 14, 2011

Oh no! my car is no longer virgin....


sob sob sob..kesian kan budak kecik tu..dah la baru berumur 3 tahun dah hilang keperawanan dia..waaaaaaaaaaaaaaa..

ni sume gara-gara en.hasben g letak spoiler!! dah la spoiler color lain dari color body..spoil betul la...pastu plak beramai-ramai menebuk lubang di bonet kete tu kan...aku dapat rasakan kesedihan myvi ku...aku siap marah lagi en.hasben, nape nak kene tebuk bagai..en.hasben hanya gelakkan aku dengan gelak-gelak besar dia...en.hasben bilang mana la boleh main tampal je..silap-silap nanti masa tengah drive melayang spoiler tu..

perlu ke kan kereta-kereta ni dilawakan?? ish membazir je..lawa ke standard ke, janji kereta tu boleh bergerak...tak gitu?? 


budak cina ni menebuk lubang supaya spoiler tu boleh diskru di bonet kete..cian buah hatiku.. :(

En.hasben menjalankan QC nya..ohh spoiler tu terpaksa dibukak semula dan diskru semula kerana goyang!

en.hasben tabah memonitor budak-budak tu buat keje...

superstar ke tu??? budget superstar la kan klau dah pose cenggitu..hehehehe


while waiting..shoot these two photos..gambar kakiku dari pandangan atas..masih berinai lagi..phewww~


adios amigos~~

en.hasben hadiahkan Diamond! kelasssssss gitu

ce cer, ce cer....huahuahuahua...suka sangat cakap dialog ni sekarang..sume nya penangan Hantu Kak Limah..best tul citer tu! bab hantu nama Ayu tu je yg tak berapa nak best masa ending citer.. obvious la nampak baju yang Ayu pakai tu terangkat disebabkan ada tali yang diikat untuk menerbangkan hantu Ayu. watdehe (dalam hantu Kak Limah gak ni)...

to be honest la, aku layan movie Kak Limah ni via DVD je..tak mungkin la DVD ori kan..sebab citer ni baru je abis ditayangkan di pawagam berhampiran anda..tu pun en.hasben beli masa dia kat kuantan, pastu bawa balik sini untuk ditonton bersama-sama di dalam bilik..perlu ke kan bagi tahu sume orang, yang DVD yang tak ori tu ditonton di dalam bilik..hahaha..gasak la, nak cakap apa pun..

wow!!! en.hasben bagi hadiah la last week..dengan semangatnya hadiah tu pun berbalut..dah macam leh agak pun apa yang ada dalam tu..tapi biasalah, waktu dan ketika pemberian hadiah tersebut, naluri ke perempuananku tengah merajuk...pasal en.hasben nya nada suara agak tinggi bila dia tanya saya dah keluar rumah jemput dia ke belum..tapi masa tu baru la nak keluar rumah..aduissss! dia call pun masa dah lepas tol gombak..mana la sempat nak bersiap-siap kan..tu pun dengan tak mandi g jemput dia..jadinya dengan nada hambar ucapan terima kasih dihulurkan..tapi biasa la, naluri kelelakian en.hasben..mana nak perasan kita tengah merajuk..siap suruh bukak hadiah tu lagi masa dalam kereta..tapi takmo! nak bukak kat rumah jugak..ohh saya seorang isteri yang degil..hahaha...

jeng jeng jeng, en.hasben bagi perfume Diamond by Giorgio Armani..satu set lengkap dengan shower gel dan body lotion..tapi bukan la botol besar tu..kecik je..minggu sebelum tu pun ada hadiah gak..tapi rahsia la hadiah dia..malu nak bagi tahu..kali ni rahsia ni tak leh share..jadinya tak seksi la..kan kalau lahirnya anak perempuan waktu subuh tu pemalu orangnya..hahahaha... perasan kejap


akal_materialistik: minggu ni en.hasben bagi hadiah lagi ke tak ek?? ke dia bagi diamond real punya yang 16-carat tu??


February 11, 2011

wajarkah dalam sesuatu hubungan itu ada sikap saling mengungkit?

wow!!
tajuk yang amat berat untuk diceritakan..tapi ini bukan lah hanya sekadar cerita malah renungan buat kita bersama..

Dalam hubungan mana yang tidak ada perselisihan faham? Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri, tunang tunangan, pakwe makwe dsb..Tapi adanya sifat ungkit mengungkit ni yang buat hubungan tu jadi hambar..sebab?? bila sorang dah start mengungkit, sorang lagi confirm panas hati..bila dah panas hati, dia pun mengungkit jugak..dah dua dua panas hati..kalau dua dua dah panas hati, siapa plak nak sejukkan? Dah! dua dua gi dapur, amik ais isi dalam jug. Isi air sekali dalam jug tersebut. Simbah la dua dua org..U simbah I, I simbah U! ok.. Aman! 

Ungkit-mengungkit ni la salah satu sebab kemusnahan tembok China tak pun Taj Mahal korang..tak yah la pasal seposen pun nak ungkit2..macam beribu-ribu la plak kan..tak pun tak yah la ungkit cerita-cerita yang sudah..semua tu anggap je jadi memori dalam kamus dewan hidup. citer pasal ex bf dia la, ex gf dia la..hello dh ex pun! sibuk lagi mau cakap pasal benda yang dah sudah! Bo---------rrrringg!!

dah la, malas nak bebel panjang-panjang! sebab aku pun dah penat membebel..kang sakit jantung dibuatnya..korang baca la sendiri punca-punca hubungan boleh jadi retak menanti belah..renung-renungkan dan selamat beramal (amik tagline Prof Izzi, one of lecturers kat UiTM Dungun)..nak jugak aku  bagi tahu yang ni kan..sharing is seksi caring maaa...


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal ***** semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

sumber from : http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-72652.html


Tambahan:
Dalam mencari bahan untuk post ini, jumpa la dengan En.Google..Pastu aku pun taip la search word dia "saling mengungkit dalam perhubungan". Link yang paling famous sekali link Berita Harian..ingat kan artikel macam kisah tauladan ke apa..sekali politik..cet.. Bo-------rring

February 10, 2011

Penyahtinjaan vs Merokok



Apa itu penyahtinjaan? 

Semua hidupan yang bernyawa melalui proses ini. Penyahtinjaan membawa maksud membuang sisa-sisa yang tidak lagi diperlukan oleh rektum di dalam usus besar. Dalam bahasa mudah proses membuang air besar..Atau bahasa yang lagi mudah ialah berak..Kalau sebut berak ni, orang geli sikit nak dengar..macam tak berapa sopan pun ada.. contoh penggunaan perkataan penyahtinjaan, buang air besar dan berak dalam ayat seharian kita:

1) Su: Weh Ikin, tunggu jap ek. Aku nak berak dulu..
    Ikin: eiiiii..geli aku.. 
moral --> maybe Ikin terbayang ketika proses itu berlaku..hahaha


2) Su: Weh Ikin, tunggu jap ek. Aku nak buang air besar dulu..
    Ikin: ok..aku tunggu kat bawah.
moral --> tak cakap banyak maybe ayat tu agak sopan..

3) Su: Weh Ikin, tunggu jap ek. Aku nak melakukan penyahtinjaan dulu..
    Ikin: Hah? Apa dia? Ulang balik apa kau cakap td.
Su: bla bla bla bla bla #$%@^#^#&@!
moral --> panjang plak dialog..ada yang tercicir klau musim cirit diarrhea..sebab kita jarang menggunakan perkataan penyahtinjaan.


hahahahaha..tapi arini takde la nak citer pasal penyahtinjaan ni pun..tu cuma muqadimmah je..saja nak share pasal word penyahtinjaan tu..kan dah cakap semalam..sharing is seksi caring..

Poll ini terhasil sebab ada perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri ini..Nape la ada orang suka sangat nak hisap rokok masa tengah berak buang air besar. Apa plak motifnya kan.. Since diri sendiri tak dapat nak mengungkai jawapan, aku bagi korang buat pilihan..mana vote yang paling tinggi tu aku leh consider as jawapan pada diri aku gak..ada 3 hari untuk korang pilih jawapan..selamat memilih!



February 9, 2011

looking for valentine's dinner??

   Tercari-cari di mana nak menghabiskan masa bersama insan tersayang? Apa yang menarik masa Valentine's day ni, ada banyak promo hidangan menarik dengan pakej menarik..bagi pasangan yang suka meluangkan masa makan bersama-sama, boleh la membawa diri ke restoran2 ini..


    Ada beberapa je restoran yang akan di listkan..haih...nama pun meng'update' blog waktu bekerja.. haippp...nakal ni.. 

1) TGI Fridays. 
Give me more Friday! Give me more Friday!! yeahhhh
 more info please go to this page

ada 2 choice promo set..pilih je mana satu yang kita suka nak makan..


2) Italiannies
 for more info, please browse sendiri..yang ni malas plak nk capture promo menu.
http://www.italiannies.com.my/menu_promo2.html



aikk..ada 2 je yang listed..ceh, macam baik tak payah ada list dr buat list kan?? 
tooo00oinggggggggg...
kata hatiku: baik ada dari takde.. ;p

 
chow~

Sila ambil perhatian:
Entry ini tidak sesuai untuk mereka yang beragama Islam yang mana kita sebagai umat Islam tidak boleh merayakan perayaan ini dan juga restoran yang disenaraikan di atas adalah tidak mempunyai sijil halal..restoran tersebut ada menyediakan liquor..

next post maybe saya akan postkan informasi berkaitan Valentine's Day..Insya Allah..saya suka membaca artikel dari laman2 web dan apa yang menarik saya akan share di sini..sharing is seksi..kan kan kan....hehehehe
sharing husband is not seksi at all!!

starter for today..

morning....

breakfast apa arini? I just had nasi impit kuah kacang.. :)

arini ada few ideas nk share in here..now is time to kumpul info, buat draft and paling penting kerajinan untuk mengarut..hahaha

daaa...we continue later with my new post..


adios

February 8, 2011

testing

wow!!! 
the 1st draft untuk blog yang baru dicantikkan! cantik kan ke..
now is playing around with the toolbars.

yahhuuuuu..

if kalau anda perasan, i'm playing with the font also.. ;)

later, i'll choose my default font.. ;)  --> this will be my default font

chayookk to myself..chayookk means berusaha! 

let me list kan apa yang telah diubah dalam blog ini...mari kita check it out!
  • Updated editor in Basic Setting --> Global Setting --> Select post editor
  • Ada button untuk share post dalam email ,blogger, Twitter, Facebook and Google Buzz
yang lain coming soon....tengah berusaha mengodek En.Google lagi ni.. :)



p/s: now is planning to change this template..agak boring dah dengan template yang sama..is thinking to have my own header with my photo..actually nk header yg mcm Hanis Zalikha and Elia (awek Apex) tu..berangan kuat ni..tapi adakah saya begitu kreatif untuk mendesign sendiri header begitu??
 

Proses Pembelajaran Secara Atas Talian


Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembelajaran secara atas talian? Atas talian dalam Bahasa Inggeris ialah online. Agak pelik bunyinya bila bahasa teknologi diolah kepada Bahasa Melayu.. hehehe


well, saya bukanlah nak menerangkan proses pembelajaran secara online ni. cuma nak bagi tahu je yang saya tengah belajar memperbaharui design blog yang tak berapa nak cantik ni. Semuanya saya kene dapatkan tutorialnya melalui En.Google..


Kita tunggu hasilnya nanti.. adios ~


suhanasani