April 14, 2010

Hutang!

Post ni aku tujukan pada seorang makhluk Allah yg kat muka bumi...dia ni telah berhutang ngn aku tapi xnak bayar plak!! WTH!
klau dia terbaca, atau kwn2 dia ada terbaca,tolong sampaikan kat dia..i think most of u kenal dia kan??
Agak ar, klau dah nama pun hutang, sampai bebila pun hutang unless bayar balik hutang2 tu! dan kat sini aku nk bgth la..
"Aku TAKKAN halalkan sesen pun hutang2 tu! Pinjam pandai, bayar x reti!"

If the reason u dont want to pay it bcoz i've dumped u, my word is bullshit!
Aku ada sebab nape aku buat keputusan mcm tu!


1) Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seseorang muslim dan muslimah.


Rasulullah SAW mengingatkan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah SWT akan memudahkan niatnya itu. Tetapi, sesiapa yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya, Allah SWT akan merosakkannya.

Sahabat Rasulullah SAW menceritakan pada suatu ketika, Rasulullah SAW kelihatan mengeluh sambil menyebut "Subhanallah" beberapa kali. Mereka melihat baginda mengangkat kepala ke langit, kemudian tunduk dan meletak tangan di kening.

Esoknya, mereka bertanya Rasulullah SAW dan baginda berkata, kebimbangannya adalah berkaitan hutang.

Jika seseorang itu terbunuh kerana melakukan kebaikan kerana Allah SWT, ditakdirkan dia hidup semula dan kemudian mati kembali, kemudian dia hidup semula, dan kemudian terbunuh lagi, dia tidak akan masuk syurga kecuali selepas dia melangsaikan kesemua hutangnya!

Wallahu a'lam.


(credit to http://sofira.multiply.com/journal/item/114/Hukum_Berhutang)


2) Hutang belum selesai tetapi ingin menunaikan haji.


Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Sebagai yang dijelaskan di atas, ulama sependapat bahawa ‘bekalan' yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya, justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.

Selain itu, hutang individu perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji.

Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih berhutang dengan saya sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Kesannya, individu ini tidak layak menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya terlebih dahulu,

ATAU

sebagai pilihan lain, WAJIBLAH atasnya meminta izin dari saya (pemberi hutang) menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.


(credit to http://www.zaharuddin.net/content/view/773/72/lang,en/)

No comments: